grouper | kerapu | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan daripada famili Serranidae yang dikelaskan sebagai ikan demersal. Ikan kerapu hidup di kawasan pantai berpasir dan berbatu terutamanya di kawasan batu karang. Bukaan mulut ikan ini luas dan mempunyai badan pelbagai warna yang memudahkannya untuk melakukan penyamaran. Ikan ini berpotensi sebagai ikan rekreasi kerana tabiatnya sebagai pemangsa. Ikan kerapu boleh ditangkap dengan menggunakan pancing, bubu atau rawai dasar. |
blister copper | tembaga kerapu | Kimia | Tiada | Hasil perantara dalam pembuatan tembaga yang mengandung 98.5 - 99.5% tembaga. |
bouillabaisse a la Provencale | bouillabaisse ala Provencale | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sup ikan daripada campuran ikan merah, halibut, ikan tombak, witing, belanak dan kerapu. |
horizontal longline | rawai mendatar | Perikanan | Tiada | Rawai yang dipasang secara mendatar, iaitu selari dengan dasar laut. Rawai ini biasanya digunakan dalam aktiviti penangkapan ikan secara komersial. Ikan demersal seperti kerapu, merah dan gerepuh biasanya ditangkap menggunakan alat ini. |
solitary species | spesies bersendirian | Perikanan | Tiada | Spesies ikan yang mempunyai tabiat hidup secara bersendirian dan tidak gemar bercampur dengan ikan lain. Spesies ikan ini biasanya mendiami bahagian dasar air yang berbatu. Contohnya, ikan merah, kerapu dan ikan bayan. |
ambushing predators | pemangsa hendap | Perikanan | Tiada | Ikan yang mempunyai tabiat menyamar atau bersembunyi di sebalik kayu, batu atau pasir untuk mengelakkannya daripada dikenali dan dilihat oleh mangsa. Pemangsa hendap menangkap mangsa dengan sepantas kilat. Contohnya, ikan kerapu, haruan, toman dan depu. |
artery forceps | pencabut kail | Perikanan | Tiada | Alat berbentuk kacip panjang yang digunakan untuk mengeluarkan kail dari mulut ikan. Penggunaan alat ini juga dapat mengelakkan jari pemancing daripada terkena gigitan ikan, terutamanya ikan bergigi panjang dan tajam seperti ikan kerapu, tenggiri dan ikan cermin. Sinonim kacip arteri. |