Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.ja.sa.ma] | کرجاسام

Definisi : 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli­ahlinya (dgn cara saling membantu, menyum­bang, dsb) utk faedah bersama; bekerjasama bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.ja.sa.ma] | کرجاسام

Definisi : kerja yg dibuat bersama-sama dan dgn tolong-menolong; gotong-royong: Jabatan itu berjalan licin kerana ada ~ drpd masyarakat. bekerjasama bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerjasama (kata nama)
Bersinonim dengan sokongan, bantuan tenaga, persefahaman, gotong-royong;,
Kata Terbitan : bekerjasama,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
co-operative spheresfera kerjasama/ruang kerjasamaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
tie-in advertisingpengiklanan kerjasamaKomunikasiKorporatSatu bentuk kerjasama antara sebuah syarikat peruncitan barangan atau perkhidmatan dengan sebuah syarikat peruncitan yang lain untuk tujuan pengiklanan. Hasil usaha sama ini disiarkan atau diterbitkan melalui media elektronik atau media cetak. Bentuk kerjasama ini bertujuan untuk mengurangkan kos penerbitan dan penyiaran iklan. Mesej pengiklanan biasanya lebih menjurus kepada promosi barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan oleh syarikat peruncitan kepada pelanggan tetap atau pelanggan berkala. Pengiklanan kerjasama sering dilakukan oleh syarikat bermodal kecil atau sederhana dan bukan bertujuan untuk bersaing. Gabungan usaha ini membolehkan berlakunya proses promosi dan publisiti pada skala yang lebih besar, terutama apabila melibatkan kerjasama lebih daripada dua syarikat. Jenis kerjasama ini dikenali juga sebagai perkongsian pengiklanan bestari.
elastic cooperationkerjasama kenyalPerubatanTiadaKerjasama pesakit dalam pemasangan, penukaran dan penggunaan gegelang kenyal dalam rawatan ortodontik.
research cooperationkerjasama penyelidikanEkonomiTiadaKerjasama dalam bidang penyelidikan antara berbagai-bagai firma untuk kepentingan bersama, seperti menjimatkan kos dan meninggikan daya pengeluaran.
cooperative relationsperhubungan kerjasamaSejarahTiadaHubungan kerjasama yang dijalin atas dasar untuk mencapai matlamat yang sama serta saling bantu-membantu.
cooperative playmain kerjasamaSosiologiTiadaPermainan yang memerlukan kerjasama atau peranan saling melengkapi dan mempunyai darjah interaksi yang tinggi.
Organization for Economic Cooperation and Development (OECD);Organisasi Kerjasama dan Pembangunan EkonomiSains PolitikHubungan AntarabangsaO rganisasi ini ditubuhkan pada tahun 1961, menggantikan Organisasi Kerjasama Ekonomi Eropah yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Organisasi ini ditubuhkan untuk menyelaras Rancangan Marshall yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Organisasi ini mempunyai 29 negara anggota, iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, Czechoslovakia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Great Britain, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat. Negara anggota organisasi ini mengadakan kerjasama untuk meningkatkan ekonomi, memberi bantuan kepada negara yang belum maju dan menyumbang kepada perluasan perdagangan dunia. Agensi yang beroperasi di bawah organisasi ini ialah Pusat Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi, Pusat Pembangunan dan Agensi Tenaga Nuklear Eropah yang kesemuanya beribu pejabat di Paris. Sinonim OECD.
claims cooperation clausefasal kerjasama tuntutanPentadbiran PerniagaanTiadaFasal dalam triti reinsurans yang menyediakan notis awal tentang kemungkinan tuntutan dan kerjasama dalam pembelaan tuntutan yang memberi kesan kepada reinsurer serta menetapkan bahawa insurer tidak boleh menerima liabiliti tuntutan tersebut tanpa persetujuan reinsurer.
cooperative advertisementiklan kerjasamaKomunikasiKorporatSalah satu kaedah pengiklanan barangan atau perkhidmatan yang kosnya ditanggung secara bersama antara pihak yang terlibat. Bagi pengiklanan barangan, contoh pihak yang terlibat ialah pengilang, pengedar, pemborong, peruncit, dan pembekal. Selain bertujuan untuk mengurangkan kos, iklan kerjasama juga dapat membantu memberikan ruang publisiti dan promosi kepada semua pihak yang terlibat dalam pemasaran barangan, terutamanya jika syarikat yang terlibat ialah syarikat besar yang berwibawa. Iklan kerjasama mempunyai faedah seperti yang berikut: (i) Memberikan peluang kepada syarikat kecil dan kurang ternama untuk mendapat publisiti dan promosi barangan yang luas dengan kos pengiklanan yang rendah bersama-sama syarikat yang lebih besar dan berjaya. (ii) Syarikat yang terlibat boleh membantu antara satu sama lain dalam pembiayaan kos pengiklanan. Contohnya, publisiti mengenai projek karnival Jom Heboh oleh perkhidmatan stesen penyiaran swasta yang bukan sahaja ditaja oleh stesen berkenaan, tetapi juga oleh syari
Islamic Institute for Technology (IIT)Institut Teknologi Islam (IIT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan untuk mempertingkatkan modal insan dan kerjasama teknikal negara anggota. Institut ini menyediakan latihan teknikal dan vokasional kepada pengajar industrial, teknikal dan mekanikal dari negara anggota, dan mengadakan pertukaran pakar berkemahiran, program latihan, penerbitan dan bengkel amali. IIT turut menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat dan runding cara.
12345678910...

Kembali ke atas