Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hal seluruhnya (se­muanya): Fahami maksud ~ karangan ini dan jawab soalan-soalan yg berikut. pd ~nya pd umumnya (amnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absolute porositykeliangan mutlakKejuruteraanPetroleumKeliangan bahan yang mengambil kira keseluruhan ruang liang yang terdapat pada bahan berkenaan. Merupakan nisbah antara ruang atau isi padu liang keseluruhan dengan isi padu pukal keseluruhan bahan berkenaan. Biasanya dinyatakan dalam peratusan. Dalam persamaan matematik, keliangan mutlak adalah isi padu ruang liang keseluruhan dibahagi dengan isi padu pukal keseluruhan didarab dengan seratus.
total molar densityketumpatan molar keseluruhanKejuruteraanKejuruteraan KimiaJumlah kepekatan spesies yang terkandung di dalam sesuatu campuran yang dijelaskan sebagai dengan C = ketumpatan molar keseluruhan, Cj = ketumpatan molar komponen j, xj = pecahan mol komponen j. Bagi gas unggul, ketumpatan molar keseluruhan dijelaskan sebagai C = P/RT, dengan C = ketumpatan molar keseluruhan, P = tekanan, T = suhu, R = pemalar gas semesta.
total organic carbon (TOC)karbon organik keseluruhanBioteknologiTiadaKandungan keseluruhan karbon dalam sampel yang digunakan sebagai penunjuk tahap pencemaran organan dalam sampel air. Teknik ini dilakukan secara automatik dengan menggunakan pirolisis elektrik dan diikuti dengan analisis gas inframerah karbon dioksida yang terhasil.
istihlakmerosakkan keseluruhanPerniagaan IslamTiadaPembinasaan terhadap barangan perniagaan milik individu lain yang menyebabkan keseluruhan barangan tersebut tidak dapat digunakan lagi. Contohnya, meletupkan kenderaan, meruntuhkan bangunan atau memecahkan cermin.
mass propertysifat jisim; sifat keseluruhanGeologiTiadaSifat sesuatu endapan yang dianggap sebagai suatu sifat keseluruhan misalnya keporosan warna, ketumpatan, keplastikan.
entire contract clausefasal kontrak keseluruhanPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam kontrak insurans yang menyatakan bahawa keseluruhan perjanjian antara insured dengan insurer terkandung dalam kontrak, termasuk borang cadangan jika dilampirkan, pengisytiharan, perjanjian menginsurans, pengecualian, dan syarat-syarat endorsemen.
absolute majoritymajoriti mutlakUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJumlah yang melebihi 50 peratus daripada keseluruhan undi. Contohnya, jumlah undi melebihi 50 peratus daripada keseluruhan yang layak mengundi, termasuk yang tidak hadir dan yang hadir tetapi tidak mengundi. Dalam undang-undang antarabangsa, konsep ini terpakai dalam perlembagaan negara Greek yang menetapkan bahawa negara berkenaan boleh meluluskan undang-undang yang mengehadkan kedaulatannya dengan majoriti mutlak daripada keseluruhan jumlah anggota Parlimen.
aliquotalikuotPentadbiran PerniagaanTiada1. Bahagian daripada keseluruhan yang disukat yang dianalisis untuk memberi maklumat tentang keseluruhan data yang dianalisis.
empennageempenajAeroangkasaTiadaKeseluruhan bahagian ekor pesawat udara.,Pesawat pengangkut yang berkeupayaan untuk mencapai kelajuan supersonik. Contohnya Concorde.,ditolak dengan berat kosong.,Keseluruhan bahagian ekor pesawat udara.,Bahan yang larut di dalam air, menukarkan litmus biru menjadi merah, berasa pahit dan mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7. Alkali kuat ialah alkali yang terion sepenuhnya dalam larutan. Contohnya, natrium hidroksida terion sepenuhnya lalu menghasilkan ion Na+ dan OH-. Alkali lemah ialah alkali yang terion separa dalam larutan. Contohnya, hanya sebahagian sahaja daripada ammonium hidroksida dalam larutannya terion kepada ion NH4+ dan OH-. Alkali pada umumnya ialah hidroksida, oksida, karbonat atau bikarbonat losen.
total dynamic headturus dinamik keseluruhanKejuruteraanKejuruteraan KimiaTenaga pengepaman yang diperlukan bagi sesuatu proses yang ditakrifkan sebagai TDH = hL + h� + hv, dengan TDH = turus dinamik keseluruhan, hL = turus statik, hv = turus halaju, h� = turus geseran.
12345678910...

Kembali ke atas