target concentration | kepekatan sasaran | Perubatan | Tiada | Paras ubat dalam darah yang disasarkan untuk menghasilkan kesan yang tertentu bergantung kepada jenis penyakit, tahap keseriusan penyakit dan indikasi penggunaan ubat. Contohnya kepekatan sasaran Aspirin yang lebih tinggi diperlukan untuk menghasilkan kesan antiinflamatori berbanding untuk merencat fungsi platelet. |
sixteen personality factor (16 PF)) | personaliti enam belas faktor (16 PF) | Psikologi | Psikologi Umum | Ujian untuk mengukur tahap 16 trait dalam personaliti individu. Ujian ini telah dikenal pasti oleh Cattel (1965). Hasil ujian yang diperoleh boleh digunakan untuk membina profil personaliti individu atau kelompok individu berdasarkan beberapa kesamaan seperti pekerjaan dan etnik. Profil trait yang diperoleh akan menggambarkan personaliti individu berkenaan dan boleh dibandingkan dengan profil personaliti individu yang lain. Enam belas trait yang disenaraikan oleh Cattell ialah bersendiri, berfikiran konkrit, kerapuhan emosi, kepatuhan, keseriusan, ketelitian, malu, kekentalan, kebolehpercayaan, praktikal, terus terang, keyakinan diri, konservatif, sikap bergantung pada orang lain, tidak berdisiplin dan santai. |