Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sum] | کسوم

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesumba keling, kunyit jawa, Bixa orellana; 2. sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat), Polygonum minus; 3. sj tum­buhan (herba), kelima paya, Polygonum pubescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sum] | کسوم

Definisi : nama sj herba yg daunnya dibuat ramuan masakan, Polygonum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesum

Puisi
 

Pucuk kesum pucuk kemangi,
     Tunggal padi di pagar tebing;
Sudah tak sokong dengan kami,
     Cari raksi di tempat lain.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anatto (Bixa orellana)kesum (Bixa orellana)PertanianTiadaTiada
lanceolatelanseolatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang lebar di pangkal dan runcing di hujung. Panjangnya tiga hingga enam kali ganda daripada lebar daun. Contohnya, daun kacip fatimah (Labisia pumila var. lanceolata) dan daun kesum (Polygonum minus).
spicesrempah ratusHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan sama ada dalam bentuk segar atau kering. Bahagian tumbuhan yang digunakan ialah daun, buah, biji, bunga, rizom, kulit batang, batang dan akar. Tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa sedap dalam masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, serai, daun kesum, ketumbar, lada hitam, kunyit, halia, lengkuas, kayu manis dan jintan manis.

Kembali ke atas