Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.sas.te.ra.an] | کسوسستراءن

Definisi : 1. seni yg meng­gambarkan keindahan dgn bahasa (novel, sajak, dll), karang-mengarang, persuratan, seni sastera; 2. hasil drpd mengarang (menyajak dll); 3. pengetahuan dlm hal sastera; 4. karya-karya yg tergolong dlm seni sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.sas.te.ra.an] | کسوسستراءن

Definisi : hasil seni (karya tulisan) dlm bentuk prosa atau puisi yg mempunyai ciri-ciri ke­istimewa-an yg tertentu; ahli ~ (orang yg) pakar dlm hal kesusasteraan; seni ~ seni karang-mengarang (prosa, puisi, dll); 3. ark kitab suci Hindu; 4. sl kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yg mengandungi ramalan (perhitungan dll); 5. sl tulisan, huruf; ~ bandingan kajian dan huraian tentang pertalian antara pelbagai sastera dr berbagai-bagai negara dan bangsa; ~ hiburan bentuk sastera yg bertujuan memberikan ke­seronokan atau hiburan, mis yg bertemakan percintaan dsb; ~ lisan sastera rakyat; ~ rakyat sastera yg berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui pertuturan drpd satu generasi kpd satu generasi yg lain, mis mitos, legenda dan mantera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.sas.te.ra.an] | کسوسستراءن

Definisi : hasil seni yg diwujudkan dlm bentuk karangan bebas atau dlm bentuk puisi. 2 ba­hasa yg digunakan dlm tulisan; baha­sa surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesusasteraan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
familiar literaturekesusasteraan biasaKesusasteraanTiadaKesusasteraan yang menghasilkan karya tentang kehidupan biasa dalam jangka masa tertentu dan tidak banyak mengandungi unsur-unsur berbentuk struktur serta sering berbeza dengan gaya dalam epik atau tragedi.
imaginative literaturekesusasteraan imaginatifKesusasteraanTiadaKesusasteraan yang penulisannya lebih banyak didasarkan kepada imaginasi atau rekaan pengarang.
bourgeois literaturekesusasteraan borjuisKesusasteraanTiadaKesusasteraan yang pada dasarnya dihasilkan untuk memenuhi keperluan pembaca kelas menengah.
literacy activitykegiatan kesusasteraanKesusasteraanTiadaKegiatan atau aktiviti mengenai kesusasteraan.
literaturekesusasteraanKesusasteraanTiadaCiptaan seni yang disampaikan melalui bahasa dan berbentuk prosa atau puisi.
literary developmentperkembangan kesusasteraanKesusasteraanTiadaTiada
literary forgerypemalsuan kesusasteraanKesusasteraanTiadaTiada
literary geniusgenius kesusasteraanKesusasteraanTiadaTiada
literary genrejenis kesusasteraanKesusasteraanTiadaTiada
literary languagebahasa kesusasteraanKesusasteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas