bench plane | ketam bangku | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ketam yang digunakan di atas bangku atau meja semasa mengetam benda kerja. Ketam bangku dikelaskan kepada tiga jenis utama iaitu ketam pelurus, ketam pemula, dan ketam pelicin, dan tiap-tiap ketam ini mempunyai komponen yang sama, kecuali saiz dan fungsinya yang berlainan. |
blue crab | ketam biru/ketam renjong | Perikanan | Tiada | Tiada |
plane | ketam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat kerja kayu yang terdiri daripada mata pemotong keluli tajam yang dipasang pada badan yang dibuat daripada kayu atau besi. Ketam digunakan untuk melicinkan permukaan yang rata atau melengkung, atau permukaan bahagian tepi. Terdapat beberapa jenis ketam berdasarkan fungsi utamanya, seperti ketam bangku, ketam pelengkuk, dan ketam gigi. |
spokeshave | ketam pelengkuk | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ketam yang mempunyai badan yang kecil dan pemegang yang secara relatifnya besar, dan digunakan untuk mengetam dan membentuk permukaan yang melengkung. Terdapat dua jenis ketam pelengkuk, iaitu ketam pelengkuk tapak rata, yang sesuai digunakan untuk mengetam permukaan yang berbentuk cembung, hujung kayu, pendek, dan untuk membentuk permukaan yang bulat, dan ketam pelengkuk tapak bulat yang digunakan untuk mengetam permukaan yang cekung. |
ketam golek | ketam golek | Kesenian | Tiada | Alat ukir ketam yang digunakan untuk melicinkan permukaan bahan ukir yang melengkung. |
ketam guri | ketam guri | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok ketam guri. |
susun ketam | susun ketam | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun susun ketam. |
bunga ketam guri | bunga ketam guri | Kesenian | Tiada | Motif batik berunsur tumbuhan berbentuk bunga ketam guri, lazimnya terdapat pada kain sarung. |
daun susun ketam | daun susun ketam | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun susun ketam. |
router | ketam gigi | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ketam mudah alih yang digunakan untuk membulat dan membersihkan bahagian yang lebih rendah daripada permukaan benda kerja, seperti tanggam, lurah, dan kerja ukiran. Ketam gigi berjentera biasanya mempunyai motor kecil yang berkuasa hingga 1 kuasa kuda dengan kelajuaan putaran sehingga 25 000 putaran per minit. Kelajuan yang tinggi ini membolehkan mata ketam membuat potongan dengan cepat, tepat dan mudah serta memberikan kemasan yang bersih. Terdapat juga ketam gigi tak berjentera yang hanya digunakan untuk membuat lurah pada kayu. |