Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.pang] | کتاڤڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), bijinya menghasilkan minyak utk dibuat ubat, lingtak, Terminalia catappa; 2. sj tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru laut, Guertarda speciosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ta.pang] | کتاڤڠ

Definisi : nama sj pokok yg dr bijinya diperoleh minyak dan ada juga yg ditanam sbg pokok naungan, Terminalia catappa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketapang

Puisi
 

Pohon bendera pohon ketapang,
     Pohon kemboja melintang titi;
Anak dara dua sekupang,
     Kalau janda segantang padi.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ketapangketapangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Term inalia spp. daripada famili Combretaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk jaha, jelawai dan mempelam babi, di Sabah ialah talisai, dan di Sarawak ialah telinsi. Spesies utamanya termasuk Terminalia bellirica, T. calemansanai, dan T. catappa. Gubal kayu ketapang biasanya berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang mempunyai pelbagai warna coklat bergantung pada spesiesnya. Tekstur kayunya berbeza-beza mengikut spesies dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 850 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kumpulan kayu ini mempunyai ciri-ciri utama yang berbeza-beza mengikut spesies, tetapi mudah dikerjakan dan dikeringkan, tanpa mengalami kecacatan yang teruk. Kayu ketapang sesuai untuk kawasan dalaman, kayu kumai, lantai, perabot dan papan lapis.
kelarai Cik Kedah ketapangkelarai Cik Kedah ketapangKesenianTiadaKelarai Cik Kedah berakar yang permulaan anyamannya dengan motif bunga.
terminalishujung), ketapangPerhutananTiadaTiada
catappa (Terminalia catappa)ketapang (Terminalia catappa)PertanianTiadaTiada
sea almond (Terminalia catappa)ketapang (Terminalia catappa)PertanianTiadaTiada
secondary leaf fallluruhan daun sekunderPertanianAgronomi

 Pengguguran daun yang berlaku selepas musim luruhan daun yang utama. Luruhan daun sekunder berlaku disebabkan perubahan cuaca yang menjadi kering. Fenomena ini boleh dilihat dalam tanaman getah dan ketapang.


Kembali ke atas