Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ram.pi.lan] | کترمڤيلن

Definisi : kecekapan, kemampuan (yg tinggi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.ram.pi.lan] | کترمڤيلن

Definisi : keadaan atau sifat terampil; kecekapan; kemampuan (yg tinggi): Kursus utk meningkatan ~ dan kecekapan kakitangan juga diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terampil (adjektif)
Bersinonim dengan cekap, cetakan, cegak, cergas, pantas, tangkas, campin;,
Kata Terbitan : keterampilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-actualizationpenghasratan diriKomunikasiKorporatIstilah yang asalnya diperkenalkan bertujuan untuk mendedahkan potensi atau keterampilan seseorang individu. Penghasratan diri dianggap sebagai tahap terakhir pembangunan psikologi yang dicapai seseorang individu selepas keperluan asas seseorang individu berkenaan dipenuhi. Dengan melakukan penghasratan diri, seseorang akan mampu untuk mempamerkan kekuatan dalaman yang sedia ada dalam dirinya, serta menunjukkan kesungguhan dan keterampilan diri bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Kekuatan dalaman ini merupakan sifat asas yang perlu ada dalam setiap diri individu semasa berurusan dengan orang lain atau semasa melakukan pemujukan terhadap orang ramai. Bagi individu yang terlibat sebagai pegawai perhubungan awam atau eksekutif pemasaran, kekuatan dalaman ini adalah sangat diperlukan dalam melaksanakan tugas-tugas harian bagi berhadapan dengan situasi yang mencabar. Bagi membangunkan penghasratan diri, seseorang individu perlu memahami dan peka terhadap orang lain dan persekitaran, serta berdikari,
transgendertransjantinaPsikologiTiadaIndividu yang bertindak, berfikir, mempunyai perasaan atau keterampilan yang berbeza daripada jantina lahir atau biologi mereka.
self-assertionpenegasan diriKomunikasiKorporatKeupayaan untuk mempamerkan keyakinan diri semasa proses komunikasi. Kesungguhan untuk mempamerkan keterampilan diri ialah sifat asas yang perlu ada dalam diri seseorang terutama ketika melakukan pemujukan dalam proses komunikasi. Kerja yang berkaitan dengan pemujukan banyak diamalkan oleh pegawai penerangan dan perubahan. Contohnya, pegawai penerangan dan perubahan perlu yakin dengan maklumat yang hendak disampaikan dan kemampuan yang ada pada dirinya sebelum melakukan kerja penerangan dan pemujukan kepada orang ramai. Hal ini kerja kedua-dua elemen ini boleh membentuk sifat penegasan diri yang seterusnya boleh menyebabkan khalayak yakin dan percaya dengan maklumat yang disampaikan.
toppingkata tarikanKesenianDrama dan TeaterUngkapan yang dilafazkan untuk menguatkan dan menjelaskan maksud ungkapan sebelumnya. Ungkapan ini bertujuan untuk memperlihatkan keterampilan watak, membentuk fokus dramatik dan mendapatkan keyakinan penonton.
structuralist poeticspuitika strukturalisKesusasteraanTiadaPerihal menghuraikan cara menghayati teks menggunakan teori strukturalisme. Konsep ini diperkenalkan oleh Jonathan Culler (1975) dalam bukunya bertajuk Structuralist Poetics: Structuralism, Linguistics and the Strudy of Literature. Menurut Culler, puitika karya terletak pada sifat kebolehfahaman teks, iaitu cara puitika strukturalis ditulis. Pembaca pula harus mempunyai keterampilan sastera, iaitu kemampuan untuk mengiterpretasikan teks tersebut.
straight copynaskhah lurusKomunikasiKorporatKandungan teks iklan yang menggambarkan mesej atau matlamat pengiklanan yang wujud dalam bentuk bertulis atau dituturkan tanpa sokongan kesan bunyi atau unsur visual lain. Penulisan dan penggunaan naskhah ini adalah sebagai salah satu gaya, teknik, atau strategi pengiklanan. Penggunaan naskhah lurus dalam pengiklanan biasanya tidak melibatkan kos yang tinggi. Naskhah jenis ini walaupun bersifat biasa tetapi sukar untuk dihasilkan. Keadaan ini berlaku kerana penulis naskhah perlu mempunyai kemahiran dan keterampilan dalam membuat pemilihan kata dan ayat yang tepat. Selain itu, penulis naskhah juga perlu memastikan mesej iklan yang disampaikan dapat melambangkan makna perkhidmatan dan barangan yang bersifat abstrak, seperti nilai kasih sayang, kemesraan, serta sikap dan tanggapan pengguna terhadap perkhidmatan dan barangan yang diiklankan.
corporate communicationkomunikasi korporatKomunikasiKorporat1. Bidang ilmu yang mengkaji tentang keadaan dan proses interaksi antara organisasi dengan khalayak yang berkepentingan. Bidang ini merangkumi antaranya komunikasi organisasi, perhubungan awam, perhubungan media, penulisan korporat, perhubungan kerajaan, pengurusan krisis komunikasi, komunikasi pengiklanan korporat, komunikasi perniagaan, audit komunikasi, komunikasi pemasaran bersepadu, dan pengurusan tanggungjawab sosial korporat. Kepentingan fungsi bidang ini adalah untuk menyediakan golongan pemikir serta perancang dan pelaksana organisasi sama ada swasta atau kerajaan, bagi memastikan wujudnya keseimbnagan pembangunan yang menguntungkan organisasi. Keuntungan ini bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga kebajikan khalayak yang berkepentingan dengan organisasi. Keterampilan organisasi dalam pengurusan komunikasi korporat boleh membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran organisasi yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. 2. Komponen perniagaan yang berteraskan pengurusan perkhid

Kembali ke atas