Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketidakpatuhan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corrective actiontindakan pembetulanMakanan dan PemakananMakananTindakan yang diambil untuk membetulkan ketidakpatuhan yang berlaku dalam sistem HACCP, berpandukan pelan tindakan yang telah direncanakan supaya tidak tersasar daripada matlamat asalnya. Contohnya, peti sejuk yang suhunya melebihi 4°C perlu dibaiki agar berfungsi dalam suhu yang telah ditetapkan.
therapeutic failurekegagalan terapeutikPerubatanTiadaKegagalan mencapai tujuan rawatan yang diberi disebabkan oleh kesilapan diagnosis, penggunaan ubat yang salah dan ketidakpatuhan pada regimen rawatan. Kegagalan ini diatasi dengan menambah komponen terapeutik atau menukar kepada cara perawatan yang lain. Contohnya tujuan rawatan penyakit epilepsi adalah untuk mengurangkan serangan sawan. Sekiranya rawatan ini gagal dicapai dengan menggunakan satu jenis ubat antiepilepsi, ubat antiepilepsi yang lain boleh ditambah atau digantikan.
compliance auditaudit pematuhanPentadbiranTiadaMekanisme pemeriksaan yang sistematik dan bebas bagi menilai keberkesanan proses yang didokumenkan dan dilaksanakan menurut perancangan organisasi. Antara objektif utama audit pematuhan ialah pertama, mengenalpasti kepatuhan atau ketidakpatuhan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti sebagaimana yang ditetapkan. Kedua, mengenalpasti keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti di dalam memenuhi Dasar Kualiti yang ditetapkan. Ketiga, memberi peluang kepada juruaudit untuk menambah baik sistem. Audit ini dijalankan untuk memastikan pengurusan pentadbiran dan kewangan di jabatan atau agensi dilaksanakan mengikut prosedur, undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Audit pematuhan juga bertujuan untuk menentukan sesuatu aktiviti jabatan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Audit pematuhan adalah satu keperluan di bawah Piawaian Antarabangsa ISO 9001 dan tidak terikat dengan Sistem Pengurusan Kualiti sesebuah organisasi. Di samping itu, audit ini juga menilai keberkesanan Sistem
accountability proceduretatacara kebertanggungjawabanPentadbiranPentadbiran Awam

Prosedur, kaedah dan cara yang perlu dipatuhi dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi. Ia melibatkan proses formal yang berpandukan kepada peraturan tertentu bagi mengelak berlaku salah tadbir, seterusnya mencapai objektif organisasi. Ketidakpatuhan terhadap tatacara kebertanggungjawaban merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Contohnya dalam hal ehwal kewangan, setiap perbelanjaan kelengkapan organisasi mesti diluluskan terlebih dahulu oleh pihak pentadbiran atasan dan kemudiannya mendapatkan sebut harga sebelum membuat sesuatu pembelian.

wakalah muqayyadahpewakilan terhadPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa terhad kepada individu atau organisasi untuk menjalankan urusan tertakluk kepada syarat tertentu. Contohnya, A berkata kepada B "Saya mewakilkan awak supaya menjualkan tanah saya ini dengan harga RM100,000 secara ansuran selama 4 bulan". B menjawab "Saya bersetuju". Wakil terikat dengan syarat yang ditetapkan oleh pewakil. Sekiranya wakil ingkar kepada syarat tersebut, pewakil tidak lagi terikat dengan urusan yang dibuat oleh wakil, kecuali ketidakpatuhan syarat memberi kebaikan seperti berjaya menjual tanah secara tunai.

Kembali ke atas