picket fence | pagar pancang | Landskap | Tiada | Pagar di taman depan rumah kawasan luar bandar di negara Barat. Pagar ini mempunyai ketinggian 1.2 m yang diperbuat daripada papan tegak yang dipaku pada palang yang bertiang atau berpancang. Jarak di antara tiang biasanya an tara 2 m hingga 3 m. |
girth breast height | lilit aras dada | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ukuran lilit batang pokok pada aras dada, biasanya pada had ketinggian 1.30 m atau 4 ka 3 in dari aras tanah yang diukur pada bahagian luar kulit kayu. Ukuran ini digunakan untuk menentukan had tebangan, atau untuk mengira isipadu darian di dalam hutan. Lihat aras dada. |
guinea grass | rumput kuda | Veterinar | Tiada | Salah satu jenis rumput terpilih yang sesuai ditanam di kawasan tropika. Terdapat beberapa jenis rumput kuda iaitu jenis biasa, ‘green panic’, hamil, coloniao dan makuene. Rumput ini mempunyai ketinggian 1.5-2.0 meter dan menghasilkan bahan kering yang tinggi iaitu 20-26 tan/hektar/tahun. Rumput ini sesuai untuk ragutan 2-3 ekor lembu/kerbau atau 15-20 ekor kambing/biri-biri bagi setiap hektar di sepanjang tahun. Kandungan protein kasarnya ialah 10-12% dan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah. Rumput ini tahan pada musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan keadaan lembab untuk hidup subur. Walau bagaimanapun, rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung. Nama saintifik: Panicum maximum. |
vorticity-trasport hypothersis | hipotesis kevortisan-pengangkutan | Sains | Hidrometeorologi | Hipotesis bahawa kevortisan dan bukan momentum adalah kekal dan fluks pusaran bergolak kerana wujudnya pembuaian tekanan. Hipotesis ini digunakan terutamanya jika golakan khusus berdimensi dua. Hipotesis ini, bersama dengan kepanjangan campuran, membawa kepada ungkapan bagi ubahan tegaran ricih, T mengikut ketinggian 1 ?r d2? = K ?z dz2' dengan K ialah koefsien kelikatan pusaran, dan ? ialah min angin mendatar. |
ceilling | siling | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Ketinggian satu titik tertentu pada dasar awan terendah dari permukaan bumi yang jumlah awannya melebihi nilai tertentu. Siling juga disebut ketinggian dasar awan. 2. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai oleh sesuatu objek, seperti belon, roket, pesawat udara, dan projektil yang berada di udara. |
head, piezometric syn. head | hulu piezometri | Hidrologi | Tiada | (1) Ketinggian paras air di akuifer tertentu akan membubung di dalam piezometer. (2) Hasil tambah ketinggian dan hulu tekanan dalam cecair, dinyatakan dalam unit ketinggian. |
head | kepala; parlimen; ketua; tajuk; turus | Geografi | Tiada | 1. Ketinggian paras air pada akuifer tertentu yang akan meningkat di dalam piezometer.,2. Hasil tambah ketinggian dan hulu tekanan dalam cecair, dinyatakan dalam unit ketinggian. |
anemometer level | aras anemometer | Sains | Hidrometeorologi | 1. Ketinggian di atas permukaan bumi tempat anemometer dipasang. 2. Kadang kala, aras ini digunakan untuk menyatakan ketinggian unggul pemasangan anemometer. 3. Aras dekat dengan lapisan batas permukaan, yang diambil sebagai titik awal pilih Ekman. |
altitude | altitud | Kimia | Tiada | 1. Ketinggian menegak sesuatu objek pada aras tertentu, biasanya aras laut. 2. Jarak sudut bagi suatu jasad di alam semesta. |
critical depth | kedalaman genting | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ketinggian potongan tegak pada tanah jeleket yang maksimum sebelum ia memerlukan penahanan kayu.,2. Kedalaman air yang mengalir dalam saluran terbuka di bawah keadaan aliran genting. |