self care | pengurusan diri | Perubatan | Tiada | Tindakan mengurus penjagaan diri seperti ketrampilan, kebersihan, berpakaian, pemakanan, perkumuhan dan sebagainya. |
enhanced visible imagery | imej tampak tertonjol | Aeroangkasa | Tiada | Imej yang diperbaiki untuk menambahkan ketrampilan unsur yang terdapat pada imej tersebut dari latar belakangnya. |
enhanced infrared imagery | imej inframerah tertonjol | Aeroangkasa | Tiada | Imej inframerah yang diperbaiki untuk menambahkan ketrampilan unsur yang terdapat pada imej tersebut dari latar belakangnya. |
arts and craft movement | gerakan seni dan kraf | Kesenian | Seni Bina | Gerakan reka bentuk antarabangsa yang berkembang antara tahun 1860-an hingga 1930-an, yang secara lantang menentang penggunaan mesin dalam penghasilan produk. Gerakan ini wujud bagi menyokong pertukangan tradisional yang menggunakan bentuk yang mudah. Gerakan ini cuba menghidupkan kembali ketrampilan tangan manusia dalam seni dan karya dan menolak industri yang berasaskan mesin. Salah satu produk seni bina yang terkenal hasil daripada gerakan ini ialah The Red House yang dirancang oleh Phillip Web. Rumah milik William Moris ini telah berjaya memecahkan mitos simetri yang dikemukakan oleh kebanyakan arkitek klasik pada ketika itu. Setiap ruang rumah tersebut dirancang menurut fungsi, karakter dan peranannya masing-masing. Gerakan seni dan kraf diketuai oleh artis dan penulis, iaitu William Morris (1834-1896) yang terpengaruh dengan tulisan-tulisan John Ruskin (1819-1900) dan Augustus Pugin (1812-1852). |
training and development | latihan dan pembangunan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau tindakan yang dilaksanakan oleh majikan untuk mempertingkatkan dan memantapkan kemahiran, kebolehan dan keupayaan kakitangan. Usaha ini merupakan satu aspek penting dalam pengembangan dan pembangunan sumber manusia bagi sesebuah organisasi. Bagi memastikan keberkesanan latihan dan pembangunan, majikan perlu mengenal pasti keperluan semasa organisasi, tuntutan persekitaran dengan menyediakan prasarana yang lengkap di samping sokongan dalam bentuk kewangan. Antara program latihan dan pembangunan yang dilaksanakan ialah latihan ketrampilan individu, pengurusan tekanan, pengurusan masa, kemahiran teknologi dan sebagainya. |