Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tum] | کتوم

Definisi : sj tumbuhan (pokok), bia, biak, Mitragyna speciosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Mitragyna speciosaketumHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Rubiaceae dan dikenali juga sebagai sebiak dan biak-biak. Tumbuhan ini mudah ditemui di kawasan tepi sungai, hutan sekunder, batu kapur dan ditanam. Daunnya berbentuk ovat, uratnya jelas dan mempunyai daun pengasuh (stipul) pada daun muda. Bawah daun muda berwarna keungu-unguan. Jambak bunganya jenis umbel dan bunganya berwarna putih. Air rebusan daunnya diminum sebagai tonik untuk memberikan tenaga, menghilangkan sakit sendi dan urat, dan mengembalikan tenaga ibu selepas bersalin. Daun yang kering dihisap seperti rokok. Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan khayal dan ketagihan.
poisonous planttumbuhan beracunHerbaFitokimiaTumbuhan yang mengandungi sebatian yang diklasifikasikan sebagai racun. Contohnya, pokok ketum (Mitragyna speciosa) yang mengandungi sebatian alkaloid indola mitragainina. Walaupun sebatian ini mempunyai kesan farmakologi yang bernilai seperti analgesik yang boleh digunakan sebagai penahan sakit, sebatian ini juga boleh menyebabkan ketagihan yang teruk.

Kembali ke atas