long-term memory (LTM)) | ingatan jangka panjang (LTM) | Psikologi | Psikologi Umum | Ingatan yang menyimpan banyak maklumat terutamanya yang bermakna dan signifikan dalam kehidupan individu. Maklumat yang tersimpan boleh membantu individu dalam pembelajaran, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan membina identiti diri serta peribadi. Maklumat boleh disimpan mengikut semantik berkategori. Contohnya, nama seperti durian, nangka, ciku, rambutan, pulasan dan sebagainya boleh disimpan dan diingat di bawah konsep buah. Malah orang yang mengalami cacat ingatan juga boleh mengingati konsep buah sekalipun sukar menamakan buah tersebut. Sesuatu maklumat juga disimpan dalam bentuk bunyi dan rupa. Dalam fenomena hujung lidah, individu terasa seperti mengingati seseorang individu itu tetapi gagal menamakannya. Namun, bunyi nama individu itu berkemungkinan besar dapat diingat, misalnya jika nama orang itu khalid, nama seakan-akan dengannya seperti Walid, Mulid, Talib, Lid adalah lebih tinggi kemungkinan untuk diingat berbanding nama seperti Adam atau Hashim. |