land tax | kharaj | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bayaran cukai yang dikenakan oleh pemerintah terhadap petani bukan Islam yang mengerjakan tanah sama ada milik sendiri atau milik kerajaan. Kharaj terdiri daripada dua jenis iaitu kharaj amaliah dan kharaj muqasamah. |
kharaj amaliah | kharaj amaliah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Cukai tanah yang dikenakan oleh pemerintah berdasarkan keluasan tanah. Contohnya, 20 peratus hasil pertanian daripada keluasan tanah atau tanah bahagian timur untuk pemilik tanah dan tanah di bahagian barat untuk pengusaha. |
kharaj muqasamah | kharaj muqasamah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Cukai tanah yang dikenakan oleh pemerintah berdasarkan hasil tanaman. Contohnya, 20 peratus daripada jumlah hasil pertanian adalah cukai. |
kharaj | cukai hasil | Perniagaan Islam | Tiada | Nama bagi setiap bentuk sewaan dan pendapatan seperti upah, hasil atau royalti yang dibayar setahun sekali. Sinonim daribah aradiy. |
kharaj masahah | cukai tahunan | Perniagaan Islam | Tiada | Cukai tahunan yang dibayar kepada pihak berkuasa berdasarkan keluasan atau nilai tetap, dan dikenakan kepada pengusaha tanah kharajiyyah yang beragama Islam atau bukan beragama Islam. |
kharaj muqasamah | cukai hasil pertanian | Perniagaan Islam | Tiada | Cukai yang dibayar kepada pihak berkuasa berdasarkan kekerapan hasil keluaran pertanian dan dikenakan kepada pengusaha tanah kharajiyyah yang beragama Islam atau bukan beragama Islam. Contohnya, terdapat dua musim dalam setahun, dan cukai dikenakan dua kali. Cukai ini tidak boleh dimansuhkan kecuali sekiranya hasil pertanian musnah akibat bencana alam. |
kharaj | cukai tanah | Perniagaan Islam | Tiada | Cukai yang dibayar kepada pihak berkuasa yang dikenakan kepada pengusaha tanah kharajiyyah sama ada beragama Islam atau tidak. Cukai tanah boleh dibayar berdasarkan kekerapan hasil pengeluaran atau dibayar setahun sekali mengikut budi bicara pihak berkuasa. Sekiranya berdasarkan kekerapan hasil pengeluaran, cukai ini dikenali sebagai kharaj muqasamah. Sekiranya berdasarkan tempoh setahun sekali, cukai ini dikenali sebagai kharaj masahah atau wazifah. Sinonim daribah aradiy. |
itawah | cukai | Perniagaan Islam | Tiada | Lihat kharaj. |
daribah aradiy | cukai tanah | Perniagaan Islam | Tiada | Lihat kharaj. |
product distribution in proportion | agihan keluaran berkadaran | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kaedah pengagihan keluaran tanaman berdasarkan kadar tertentu yang dipersetujui. Contohnya, pemilik tanah dan pengusaha masing-masing mendapat agihan sebanyak 50:50 atau 40:60. Agihan seperti ini dilakukan dalam usaha sama kharaj muqasamah. |