dietetic value | khasiat makanan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
well-nourished | cukup khasiat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
poor nourishment | kurang khasiat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
nutrient | nutrien | Biologi | Fisiologi | 1. Bahan makanan yang mengandungi khasiat. 2. Komponen berkhasiat yang terdapat di dalam setengah-setengah makanan, seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. |
sterol | sterol | Herba | Fitokimia | Sebatian steroid yang mengandungi kefungsian alkohol pada C-3. Sebatian sterol yang terdapat dalam tumbuhan secara amnya dikenali sebagai fitosterol dan dipercayai mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi. Contohnya, stigmasterol, sitosterol dan kampesterol yang banyak terdapat dalam tumbuhan. |
fresh vegetable | sayur segar | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahagian tumbuhan yang dimakan mentah atau dicelur bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan, budu dan cencaluk. Sayur segar biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, pegaga untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan, buah peria katak untuk mengubati kencing manis, dan cekur untuk membuang angin dalam badan. |
Ayurveda traditional medicinal system | sistem perubatan tradisional Ayurveda | Herba | Fitokimia | Sistem penjagaan kesihatan berasaskan langkah perlindungan nyawa menerusi kehidupan secara sihat dan penggunaan langkah-langkah terapeutik yang berkaitan dengan aspek fizikal, mental, sosial dan spiritual. Sistem ini berasal dari benua kecil India. Sistem perubatan Ayurveda juga menggunakan tumbuhan, haiwan dan mineral yang mempunyai khasiat perubatan. Maklumat Ayurveda telah digunakan sebagai asas kajian ke atas pencarian bahan ubatan baru. Contoh ubat-ubatan Ayurveda ialah herba hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang dipercayai berkhasiat sebagai melindungi hati daripada penyakit. |
scientific testimonial | pembuktian saintifik | Komunikasi | Korporat | Kaedah pengiklanan yang memaparkan ciri saintifik kandungan barangan yang diiklankan. Melalui kaedah ini, perincian mengenai unsur pembuatan dan kandungan barangan dipaparkan. Cara pemaparannya adalah pelbagai, seperti menggunakan pendekatan tiga dimensi (3D), menyenaraikan bahan yang digunakan, dan menonjolkan aspek saintifik sesuatu kandungan barangan yang diiklankan. Proses pemaparannya kadangkala menggunakan jurucakap yang terdiri daripada pakar dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan barangan. Contohnya, seorang doktor veterinar menyebut tentang khasiat sesuatu jenis vitamin yang terdapat dalam barangan makanan binatang yang diiklankan. Tujuan pengguna kaedah ini adalah untuk meyakinkan khalayak yang berpendidikan tinggi kerana dalam banyak keadaan, pendekatan secara emosi atau format endorsan tidak cukup berkesan untuk meyakinkan mereka. |