keranji | keranji | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Dialium spp. daripada famili Leguminosea. Terdapat lebih kurang lapan spesies utama termasuk Dialium kingii, D. havilandii, dan D. maingayi. Gubal kayu keranji berwarna putih kekuningan dan menjadi coklat muda apabila terdedah, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 755 hingga 1250 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu ini sangat kuat, sukar dikerjakan, lambat mengering dan boleh diserang serangga dan kulat pada bahagian gubal kayunya. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi dan sukar diawet, terutamanya pada bahagian teras kayunya. Kayu keranji sesuai untuk kerja binaan berat, kemasan dalaman, papan panel, lantai parket, lantai tahan lasak, dan tiang eletrik. |
mendaruh | mendaruh | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu dan pokok Ptychopyxis spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah medang asam, medang kelipat dan rambai hutan. Spesies utamanya termasuk Ptychopyxis caputmedusae, P. costata, dan P. kingii. Gubal kayu mendaruh sukar dibezakan daripada teras kayunya, biasanya berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan selaka dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara 675 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. |
tampoi | tampoi | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Baaccaurea spp. daripada famili Euphorniaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah rambai hutan, asam tambun, juntik bukit, jintik-jintik dan sekam, dan di Sabah ialah rambai hutan, belimbing hutan, kunau-kunau, dan limpang. Spesies utamanya termasuk Baccaurea angulata, B. Kingii, dan B. scortechii. Gubal kayu tampoi sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kekuningan dan menjadi coklat apabila terdedah. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana tisu rujinya besar. Iranya lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras. Spesies ini terkenal sebagai sumber buah tampoi. |