systematized nomenclature of medicine-clinical terms (SNOMED-CT) | tatanama perubatan bersistem-istilah klinikal (SNOMED-CT) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Perbendaharaan kata multilingual yang piawai bagi istilah klinikal untuk pertukaran maklumat kesihatan klinikal secara elektronik. SNOMED-CT kini mengandungi lebih daripada 300,000 konsep perubatan yang dibahagikan kepada hierarki berbeza seperti struktur badan, penemuan klinikal, lokasi geografi, farmaseutikal dan produk biologi. Setiap konsep ini diwakili oleh satu angka tersendiri dan beberapa konsep ini boleh digunakan secara serentak untuk menggambarkan suatu keadaan yang kompleks. SNOMED-CT memberikan satu standard yang membolehkan keadaan perubatan dan gejala dapat dirujuk. Sistem rujukan berangka ini juga memudahkan pertukaran maklumat klinikal dalam kalangan pembekal penjagaan kesihatan yang berbeza dan sistem rekod perubatan elektronik (EMR). |
investigator’s brochure | brosur percubaan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Gabungan maklumat tentang data klinikal dan bukan klinikal yang berkaitan dengan produk percubaan. Brosur percubaan perlu mengandungi maklumat yang relevan dengan kajian produk terhadap subjek manusia. |
clinical trial protocol | protokol percubaan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara piawai untuk melaksanakan suatu percubaan klinikal. Protokol ini mengandungi maklumat umum dan latar belakang percubaan klinikal, objektif dan tujuan percubaan, penjelasan reka bentuk percubaan, kriteria pemilihan dan penyingkiran subjek, prosedur rawatan subjek, spesifikasi dan prosedur penilaian keberkesanan dan keselamatan, kaedah statistik, dan maklumat tambahan lain yang berkaitan. |
clinical trial report | laporan percubaan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen bertulis tentang suatu percubaan klinikal yang berkaitan dengan terapi, profilaksis atau agen diagnostik yang dilakukan pada manusia. Laporan ini menyatakan penjelasan klinikal dan statistik, pembentangan, dan analisis. |
non-clinical study | kajian bukan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Peringkat penyelidikan dalam pembangunan sesuatu ubat sebelum ujian klinikal dimulakan. Kajian ini melibatkan penggunaan haiwan dan/atau sel atau tisu. Kajian bukan klinikal bertujuan untuk menentukan keselamatan ubat. |
clinical trial | ujian klinikal | Farmasi | Farmakologi | Eksperimen yang dijalankan dengan teliti terhadap selrumpulan individu terpilih yang bertujuan Wltuk menilai keberkesanan, keselamatan dan kesan sampingan sesuatu rawatan, alatan diagnostik atau intervensi profilaktik. Ujian klinikal juga digunakan untuk menilai perbezaan keberkesanan dua atau lebih terapi terhadap manusia. lndividu yang dipilih menjalani sesuatu ujian klinikal perlu memberi persetujuan secara bertulis sebelum ujian dijalankan. Kesemua jenis drug terbaharu yang dihasilkan juga perlu menjalani ujian klinikal sebelum diluluskan untuk dipasarkan. Terdapat empat fasa dalam ujian klinikal. Fasa I, menilai keselamatan dan fannakokinetik drug. Fasa II, menilai dos yang sesuai. Fasa III, menilai efikasi dan fasa rv, menilai kesan sampingan yang tidak terduga. |
clinical data repository | repositori data klinikal | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Pangkalan data masa sebenar, yang menerima data dari pelbagai sumber klinikal dan memberikan gambaran menyeluruh tentang seseorang pesakit. Pangkalan data ini dioptimumkan agar pengamal perubatan dapat mencapai data pesakit secara individu berbanding kesemua pesakit yang mempunyai ciri yang sama bagi memudahkan pengurusan sesebuah jabatan klinikal. Antara data yang terdapat dalam pangkalan data ini ialah keputusan ujian makmal klinikal, demografik pesakit, maklumat farmasi, laporan radiologi dan imej, laporan patologi, tarikh masuk, keluar dan perpindahan hospital dan nota kemajuan pesakit. |
clinical information system (CIS) | sistem maklumat klinikal (CIS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang direka bentuk untuk mengumpul, menyimpan dan mengubah maklumat klinikal yang sedia ada bagi menambah baik proses perkhidmatan penjagaan kesihatan. CIS bukan sahaja terhad kepada sistem makmal atau sistem pengurusan elektrokardiogram (ECG), tetapi juga meliputi semua aspek maklumat klinikal seperti rekod kesihatan elektronik (EHR). CIS juga menyediakan repositori data klinikal yang berupaya memberikan maklumat kepada pengamal perubatan mengenai keadaan pesakit, pilihan rawatan, status keputusan dan juga langkah yang perlu diambil. |
clinical informatics | informatik klinikal | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Bidang sains gunaan yang terlibat dalam kesan penggunaan alat maklumat kesihatan terhadap kognitif, pemprosesan maklumat, dan komunikasi dalam amalan klinikal, pendidikan dan pembangunan polisi. Bidang ini juga melibatkan pemahaman, integrasi dan aplikasi teknologi maklumat dalam perkhidmatan kesihatan. Informatik klinikal mengubah perkhidmatan kesihatan secara menganalisis, melaksanakan dan menilai sistem maklumat dan komunikasi dengan menambah baik hasil kesihatan individu dan masyarakat, serta penjagaan pesakit, dan memperbaik hubungan antara pengamal perubatan dengan pesakit. Sinonim informatik kesihatan, informatik perubatan. |
clinical expert report | laporan pakar klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang sesuatu produk. Maklumat ini termasuk pengenalan tentang produk seperti tujuan laporan, profil produk, sumber maklumat dan status kelulusan, indikasi produk, butiran farmakologi dan farmakologi klinikal, data ketoksikan, farmakokinetik, farmakodinamik dan bioketersediaan, kajian percubaan klinikal dan kajian keselamatan, pemonitoran pascapemasaran, kelayakan pakar, bahan rujukan dan lampiran lain yang berkaitan. Di Malaysia, laporan pakar klinikal diperlukan bagi permohonan tambahan indikasi untuk produk berdaftar. |