Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
kodeks
[ko.déks] |
کوديکس
Definisi :
(kodéks) (Sej) naskhah kuno dlm tulisan tangan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
kodeks
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(1)
Kamus Bahasa Inggeris
(1)
Istilah MABBIM
(2)
Istilah Bahasa Melayu
(6)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
pharmaceutical codex
kodeks
farmaseutikal
Perubatan
Tiada
Sebuah buku yang mengandungi senarai lengkap dan penerangan hasil farmaseutikal seperti ubat, bahan kimia tertentu, vitamin dan herba.
Kodeks
farmaseutikal dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam bidang farmasi untuk menjadi rujukan kepada pengguna hasil farmaseutikal.
codex alimentarius
alimentar
kodeks
Makanan dan Pemakanan
Makanan
Himpunan piawaian, kod amalan, garis panduan, saranan yang berkaitan dengan makanan, penghasilan makanan dan keselamatan makanan di peringkat antarabangsa. Nama ini diperoleh daripada Codex Alimentarius Austriacus. Alimentar
kodeks
dikenali sebagai titik rujukan di peringkat antarabangsa dalam menyelesaikan perbalahan berkenaan dengan keselamatan makanan dan perlindungan pengguna.
codex
kodeks
Kesusasteraan
Tiada
Bahan tulisan lama dalam bentuk manuskrip atau naskhah bertulis tangan. Manuskrip terkumpul dalam bentuk buku berjilid daripada kayu, kertas atau kulit mengikut kaedah penjilidan yang awal. Sebahagian besar daripada bahan bertulis ini masih kekal terpelihara dan tersimpan di pelbagai perpustakaan, arkib atau muzium di seluruh dunia. Dalam ilmu filologi, kajian tentang
kodeks
dikenali sebagai kodikologi. Kajian kodikologi melibatkan usaha memberikan keterangan tentang naskhah. Contohnya, kajian melibatkan usaha mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat naskahah (seperti kayu, kertas, dan kulit), jenis alat tulis, jenis dakwat, usia naskhah, siapa penulisnya, penyalin atau penyusun, tempat ditulis, disalin atau disusun, dan sebagainya.
Kodeks
berasal daripada perkataan latin codex yang bermaksud �block of wood� (bongkah kayu). Lihat juga kritikan teks.
codex
kodeks
Perpustakaan
Tiada
Manuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat yang disalut dengan lilin dan juga pada helaian kertas atau velum yang dijilid seperti buku.
codex
kodeks
Sejarah
Tiada
Manuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat yang disalut dengan lilin dan juga pada helaian kertas atau velum yang dijilid seperti buku.
genetically modified foods (GMF)
makanan terubah suai genetik (GMF)
Makanan dan Pemakanan
Makanan
Makanan yang terhasil daripada pengubahsuaian bahan genetiknya (DNA) melalui penggabungan dengan genetik organisma lain (tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma). Kebanyakan makanan ubah suai genetik yang telah dibangunkan adalah daripada tumbuhan seperti tomato, jagung dan kacang soya. Tumbuhan ini merupakan tanaman GMO (organisma yang diubah suai genetiknya) yang telah dibangunkan untuk menambah penghasilan tanaman, iaitu hasil daripada pembaikan ciri-ciri ketahanan terhadap penyakit dan racun serangga. Kesemua makanan ini perlu dinilai dengan teliti sebelum dibenarkan untuk dipasarkan. Panduan
Kodeks
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)/Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah pun wujud untuk menganalisis makanan ubah suai genetik.
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...