cholesterol | kolesterol | Veterinar | Praklinikal | Molekul steroid kecil yang wujud dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan pelopor dalam sintesis hormon steroid seperti estrogen; progesteron; testosteron dan kortikosteroid. Kolesterol juga merupakan pelopor untuk sintesis vitamin D. Kolesterol wujud dalam hempedu dan berfungsi dalam penyerapan semula lemak dalam usus. Kolesterol dalam hempedu boleh menghablur untuk membentuk batu karang. |
cholesterol | kolesterol | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Bahan sterol yang diperoleh daripada tisu haiwan. Kolesterol juga dikenali sebagai ergosterol. Kolesterol boleh wujud dalam keadaan bergabung dengan asid lemak, iaitu dalam bentuk ester. Sebatian ini merupakan komponen perlu bagi struktur membran sel dan komponen utama bagi sel otak dan saraf. Kolesterol disintesiskan dan disimpan dalam hati. Contoh makanan yang mengandungi kolesterol ialah kuning telur, hati, dan makanan laut. |
cholesterol | kolesterol | Bioteknologi | Tiada | Sterol yang merupakan sebatian utama bagi kebanyakan steroid. Kolesterol terdapat dalam tisu haiwan termasuk saraf, hempedu, dan kuning telur. Lebihan kolesterol dalam darah dapat menyebabkan penyakit kardiovaskular. |
hypercholesterole-mia | hiperkoles-terolemia | Perubatan | Tiada | Kehadiran kolesterol yang terlalu tinggi dalam darah yang melebihi tahap normal. Tahap kolesterol yang normal adalah antara 3.5 – 6.7 mmol/L. |
high density lipoprotein | lipoprotein ketumpatan tinggi | Gerontologi | Tiada | Lipoprotein yang mengandungi banyak protein tetapi kurang kolesterol dan trigliserida, yang mengangkut kolesterol ke hati daripada sel periferal. |
low density lipoprotein | lipoprotein ketumpatan rendah | Gerontologi | Tiada | Lipoprotein yang mengandungi kurang protein tetapi tinggi kolesterol dan trigliserida, yang mengangkut kolesterol dari hati ke sel periferal. |
cholestyramine | kolestiramina | Kimia | Forensik | Nama dagang, Questran. Ubat untuk merendahkan aras kolesterol dalam darah, dan untuk menghalang penyakit jantung koronari bagi lelaki yang mempunyai kepekatan kolesterol plasma yang tinggi dan tidak boleh dirawat dengan cara lain. Ubat ini juga digunakan untuk mengubati gatal-gatal akibat penyekatan separa hempedu. Kesan sampingannya termasuk sembelit teruk, masalah abdomen, cirit-birit, dan kehilangan vitamin A, B dan K. |
antihypercholesterolemia therapy | terapi antihiperkolesterolemia | Farmasi | Tiada | 1. Rawatan mencegah atau mengawal kenaikan paras kolesterol dalam serum. 2. Agen yang mencegah atau mengawal kenaikan paras kolesterol dalam serum. |
high density lipoprotein (HDL) | lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Sejenis lipoprotein yang mengangkut kolesterol kembali daripada sel kepada hati. Lipoprotein berketumpatan tinggi dikenali juga sebagai kolesterol baik kerana tahap yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. |
gallstone | batu hempedu | Perubatan | Tiada | Ketulan keras seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu atau duktus hempedu. Ketulan keras ini terhasil dalam keadaan tertentu apabila kolesterol mendap; mendapan batuan hempedu yang kaya dengan kolesterol mungkin terbentuk akibat gangguan kronik metabolisme fosfolipid. Dalam keadaan tertentu, kalsium karbonat mendap di dalam batu ini. Sin: kolelit |