conservative system | sistem abadi | Fizik | Mekanik | Sistem yang apabila kerja dilakukan untuk memindahkan zarah-zarah dari satu konfigurasi ke konfigurasi yang lain hanya bersandar pada konfigurasi asal dan konfigurasi akhir zarah-zarah itu. |
relative configuration | konfigurasi relatif | Kimia | Tiada | Perhubungan yang ditentukan secara uji kaji antara konfigurasi dua molekul, iaitu sama ada konfigurasi sama atau berlawanan walaupun konfigurasi mutlak tidak diketahui. |
enantiomer | enantiomer | Bioteknologi | Tiada | Dua molekul yang mempunyai komposisi unsur dan struktur asas yang sama, tetapi berlainan konfigurasi pada atom karbon asimetri. Satu konfigurasi merupakan bayangan cermin kepada konfigurasi yang satu lagi. Konfigurasi yang memutarkan cahaya kutub ke kiri dikenal sebagai bentuk .l.. (levorotari), manakala yang memutarkan cahaya kutub ke kanan dikenal sebagai bentuk d (dekstrorotari). |
nuclear transformation | transformasi nukleus | Kejuruteraan | Tiada | Perubahan konfigurasi nukleus kepada konfigurasi lebih stabil selepas sesuatu tindak balas nukleus. |
nuclear rearrangement | susun semula nukleus | Kejuruteraan | Tiada | Perubahan konfigurasi nukleus kepada konfigurasi lebih stabil selepas sesuatu tindak balas nukleus. |
configuration item | butiran konfigurasi | Teknologi Maklumat | Perisian | Koleksi objek yang berkaitan dengan kefungsian tertentu bagi sebuah sistem yang besar dalam bentuk penyelesaian pengurusan konfigurasi. Objek-objek yang dimaksudkan terdiri daripada keperluan pengguna dan sistem, kod, dokumentasi, model dan beberapa fail lain. Sistem pengurusan konfigurasi akan melihat secara keseluruhan kitaran butiran konfigurasi ini melalui kombinasi proses dan peralatan. Objektif sistem seperti ini adalah untuk mengelakkan kemunculan ralat berkaitan dengan kekurangan pengujian atau ketidakserasian dengan butiran konfigurasi yang lain. |
retargeting | penyasaran semula | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses kejuruteraan yang menukarkan hos dan port sistem yang sedia ada kepada konfigurasi yang baharu. Konfigurasi ini termasuk platform perkakasan baharu, sistem pengendalian baharu atau platform CASE baharu. |
envelope configuration | konfigurasi sampul | Kimia | Tiada | Konfigurasi siklopentana tertukar ganti yang tertentu. |
eclipsed configuration | konfigurasi gerhana | Kimia | Tiada | Konfigurasi sebatian dengan atom atau kumpulan atom berada saling bertentangan. |
bistatic configuration | konfigurasi dwistatik | Fizik | Akustik | Konfigurasi alat untuk mengkaji serakan yang susunan pemancar dan penerimanya tidak terlalu dekat. |