continuity (conti) | sinambung | Komunikasi | Tiada | 1. Studio sambungan yang dilengkapi dengan peralatan penyiaran radio dan televisyen. Studio ini digunakan oleh pengacara atau penyampai berita untuk membuat penyampaian yang biasanya dibuat secara langsung. konti. 2. Penggunaan peralatan penggambaran dan pelakon yang sama dan berterusan bagi sesuatu adegan walaupun berlaku perubahan dari segi masa, tempat atau perubahan tangkapan. |
station log | log stesen | Komunikasi | Korporat | Daftar senarai bahan siaran yang ke udara untuk keperluan siaran dalam sehari. Daftar ini boleh berbentuk cetakan dan salinan cetakan atau berkomputer. Senarai log ini mengandungi nama rancangan yang akan ke udara, iklan, pengumuman khidmat awam, promo, penyiaran azan, dan pengumuman lain seperti yang tercatat dalam jadual rancangan untuk hari berkenaan. Bahan ini disusun secara kronologi mengikut waktu siaran yang telah ditetapkan lebih awal. Fungsi log ini adalah untuk menjadi rujukan kepada petugas siaran pada hari berkenaan. Daftar ini juga berfungsi untuk memantau atau mengenal pasti sama ada sesuatu rancangan yang disusun akan disiarkan pada hari berkenaan atau tidak. Pihak yang menggunakan log ini biasanya ialah petugas di bilik kawalan utama, penerbit konti, serta petugas tenaga teknikal lain pada hari berkenaan. Log ini juga penting kepada sesebuah stesen penyiaran radio atau televisyen yang mempunyai kerjasama penyiaran rancangan dengan saluran lain, sama ada saluran tempatan atau luar negara. Seseb |