contract of ownership | kontrak memberi hak milik | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak yang membolehkan pemindahan hak milik sesuatu harta atau manfaat harta berlaku antara pihak yang terlibat. Kontrak ini terbahagi kepada kontrak pertukaran dan kontrak kebajikan. Pemindahan hak milik harta berlaku dari segi kedua-dua fizikal dan manfaat harta manakala pemindahan manfaat harta tidak melibatkan perpindahan milik fizikal harta. |
bid bond | bon bida | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang menjamin bahawa kontraktor akan melaksanakan kontrak jika kontrak tersebut diberikan kepadanya dan akan menyediakan bon prestasi atau bon kontrak yang diperlukan. |
contract of adhesion | kontrak kesertaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kontrak yang menghendaki pihak berkenaan menerima atau menolak secara keseluruhan kontrak tersebut tanpa mempersoalkan kandungannya. Contoh : kontrak insurans. |
illegal contract | kontrak haram | Pentadbiran | Tiada | Kontrak yang tidak di bawah naungan kod perundangan misalnya, kontrak untuk memonopoli dan antipakatan. |
residual payment | bayaran baki | Komunikasi | Korporat | Bayaran akhir yang diberikan kepada pemegan kontrak penerbitan, percetakan atau persembahan selepas sesuatu tugasan selesai dilakukan. Jumlah bayaran akhir ini tertakluk kepada persetujuan awal antara pemegang kontrak dengan pemberi kontrak. Tujuannya adalah untuk memastikan penerima projek berpuas hati dengan hasil akhir sesuatu perkhidmatan. Bayaran ini boleh ditangguhkan selagi perkhidmatan tidak disempurnakan seperti yang dipersetujui dalam kontrak. Contoh projek yang melibatkan pembayaran seperti ini ialah penyediaan laporan tahunan, penerbitan video korporat, dan pengurusan acara. |
contract of exchange | kontrak pertukaran | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak yang memindahkan hak milik harta atau manfaat harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain dengan balasan harga tertentu. Harga boleh dibayar sama ada dalam bentuk wang atau barangan. Kontrak ini berbentuk dua hala yang memerlukan ijab daripada pemberi milik dan qabul daripada penerima. Contohnya, kontrak jual beli, sewaan, pertukaran wang dan tempahan. |
closing sale | jualan penutup | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jualan sekuriti, kontrak hadapan, dan kontrak opsyen oleh pelabur untuk menutup kedudukan terbukanya yang timbul akibat daripada pembelian terdahulu. |
charitable contract | kontrak kebajikan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak yang memindahkan hak milik harta atau manfaat harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan harga tertentu. Kontrak ini berbentuk sehala yang hanya memerlukan ijab daripada pemberi milik tanpa qabul daripada penerima. Contohnya, hibah, hadiah, qardul hasan dan wakaf. |
position limit | had kedudukan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Had bilangan sekuriti, kontrak hadapan atau kontrak opsyen yang boleh dipegang oleh seseorang itu pada sesuatu masa berdasarkan kemampuan pemegang. |
entire contract clause | fasal kontrak keseluruhan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Peruntukan dalam kontrak insurans yang menyatakan bahawa keseluruhan perjanjian antara insured dengan insurer terkandung dalam kontrak, termasuk borang cadangan jika dilampirkan, pengisytiharan, perjanjian menginsurans, pengecualian, dan syarat-syarat endorsemen. |