Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.vén.sio.nal] | کونۏينسيونل

Definisi : (konvénsional) 1. berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yg ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaannya: cerpen yg bersifat ~; 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dsb (bkn peperangan, senjata dsb): senjata ~; peperangan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.vén.sio.nal] | کونۏينسيونل

Definisi : /konvénsional/ 1 berdasarkan yg biasa dilakukan atau diamalkan; mengikut atau sebagaimana yg ditentukan oleh konvensi: cerpen yg bersifat ~. 2 tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dsb (bkn peperangan, senjata dsb): senjata ~; peperangan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konvensional


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conventional speed handpiecehanpis kelajuan konvensionalPerubatanTiadaHanpis berkelajuan rendah yang digunakan bersama enjin konvensional.
conventional techniqueteknik konvensionalPergigianTiadaKaedah yang biasa diamalkan dalam menjalankan rawatan pergigian dengan tidak mengambil kira perkembangan terkini dari aspek bahan atau peralatan pergigian. Contohnya, teknik kaviti amalgam konvensional adalah teknik yang melibatkan penyediaan kaviti bersaiz besar mengikut saiz karies dan konsep lama manakala teknik kaviti amalgam moden melibatkan penyediaan kaviti yang kecil disebabkan karies yang kecil dan juga tidak mengikut konsep lama penyediaan kaviti amalgam.
conventional breeding methodkaedah pembiakbakaan konvensionalPertanianAgronomi

 Kaedah pembiakbakaan yang berasaskan kacukan antara baka induk terpilih dan disusuli dengan pemilihan hasil kacukan itu. Maka, ciri baik induk dapat digabungkan dan menghasilkan genotip yang lebih baik daripada induknya. Kaedah ini biasanya diulang beberapa generasi sehingga mendapat satu baka baru yang menunjukkan ciri-ciri yang diingini. Asas kaedah pembiakbakaan konvensional ialah hukum pewarisan Mendel. Kaedah pembiakbakaan ini amat berbeza dengan kaedah baru dipanggil kejuruteraan genetik yang lebih ringkas daripada kaedah konvensional. Kejuruteraan genetik tidak melibatkan kacukan tetapi menggunakan teknologi untuk  mengenal pasti gen yang menghasilkan ciri-ciri yang diingini dan seterusnya gen itu dipindahkan kepada tanaman sasaran.

conventional plantingtanam konvensionalPertanianAgronomi

 Kaedah penanaman yang biasa diamalkan. Contohnya, bagi tanaman padi, benih ditanam di dalam semaian kemudian diubah ke sawah secara manual. Kaedah baru yang diamalkan pula ialah dengan menabur terus benih padi ke sawah, menggunakan mesin penabur. Bagi tanaman getah pula, tanam konvensional melibatkan jarak tanaman 9 meter x 12 meter, tanpa tanaman lain manakala kaedah tanaman baru yang diperkenalkan dan dinamakan pepagar dua baris mempunyai jarak 22 meter antara pepagar. Antara barisan pagar ini boleh ditanam dengan tanaman lain atau diamalkan penternakan.

conventional tillagebajakan konvensionalPertanianAgronomi

Kaedah penyediaan tanah sebelum menanam yang menggunakan peralatan secara bersiri. Kaedah ini dimulai dengan menggunakan bajak piring atau bajak sepak untuk membalikkan tanah supaya tumbuhan yang sedia ada dihapuskan. Proses ini disusuli dengan menggunakan penyikat tanah untuk memecahkan ketulan tanah. Akhirnya, bajak putar digunakan untuk menghaluskan butiran tanah. Tujuan penyediaan tanah seperti ini adalah untuk membasmi rumpai dan memudahkan penanaman biji benih. Terdapat juga pendapat yang menyatakan kaedah bajakan konvensional akan memusnahkan struktur tanah dalam jangka panjang serta menggalakkan hakisan tanah.

polyphonypolifoniKesusasteraanTiadaKehadiran suara pelbagai watak dalam novel yang menyampaikan ideologi, pendapat dan sudut pandangan yang bertentangan dalam kritikan sastera. Polifoni berbeza dengan novel konvensional, iaitu suara pengarang yang tunggal adalah dominan sehingga tidak ada ruang untuk suara lain. Novel konvensional bersifat monofoni. Konsep ini digunakan oleh Mikahail Bakhtin merujuk kepada novel ciptaan Dostoevsky sebagai karya polifoni yang berjaya mengutarakan pelbagai suara dan pandangan untuk tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat. Polifoni berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �banyak suara�. Lihat juga monofoni.
conventionallazim; konvensionalKejuruteraanTiada.
conventionallazim; konvensionalPerubatanTiadaTiada
conventionallazim; konvensionalKesusasteraanTiadaTiada
conventional lessonpelajaran konvensionalPendidikanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas