Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kréa.ti.vi.ti] | کرياتيۏيتي

Definisi : (kréativiti) kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan: ~ seniman; ~ sastera; ~ dlm penggunaan bahasa; berkreativiti melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kreativiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan daya cipta, daya usaha.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collective creativitykreativiti kolektifKesusasteraanTiadaKarya kreatif yang dihasilkan secara bersama dan tidak mempunyai pengarang secara khusus. Contoh: cerita lipur lara.
creativitydaya cipta/daya pengaryaan/kreativitiKesenianTiadaTiada
progressive educationpendidikan progresifPendidikanTiadaFalsafah John Dewey yang memberi tekanan kepada demokrasi, kreativiti dan hubungan rapat antara guru dengan pelajar, sekolah dan masyarakat.
original workkerja asalPentadbiran PerniagaanTiadaBidang tanggungjawab setiausaha yang memerlukan daya usaha dan kreativiti untuk membantu ketua.
personnel developmentpembangunan personelPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah yang digunakan oleh majikan bagi meningkatkan kecekapan, inovasi dan kreativiti kakitangan dalam organisasi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kaedah ini merupakan satu daripada fungsi pengurusan sumber manusia yang utama yang bukan sahaja mencakupi pendedahan dalam konteks program latihan dan pembangunan kakitangan, malah merangkumi dua proses penting, iaitu perancangan kerjaya dan penilaian prestasi. Tiga aspek utama yang ditekankan dalam kaedah ini ialah latihan dan pembangunan, perancangan kerjaya dan penilaian prestasi. Aspek latihan dan pembangunan dilaksanakan dengan tujuan untuk melahirkan kakitangan yang berkaliber, berdaya saing dan mahir, di samping memberikan pendedahan dari segi pembelajaran yang lebih efisien. Manakala aspek perancangan kerjaya merupakan suatu proses berterusan yang harus dirancang dan ditetapkan matlamat kerjaya. Dalam konteks ini, pembangunan kerjaya dilihat sebagai asas kepada pekerja untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh organisas

gifted childrenanak berbakatPendidikanTiadaKanak-kanak yang dikenal pasti memiliki atau menunjukkan potensi dan kebolehan intelektual dan kreativiti yang tinggi dalam bidang akademik, kepemimpinan dan kesenian.
universal languagebahasa sejagatSosiolinguistikTiadaBahasa umum yang digunakan oleh manusia yang boleh dikenal pasti dengan penggunaan tajuk-tajuk seperti kreativiti, kerefleksifan, keduaan, dan lain-lain.
engraverpengukirArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiIndividu yang mahir dalam menghasilkan suatu seni tangan yang halus dengan cara mengukir bahan seperti kayu, logam, tembikar dan emas. Kepandaian dan kreativiti seseorang pengukir merupakan bakat semula jadi yang telah sedia ada dalam diri seseorang pengukir. Seni ukir ini amat penting kerana amat dititikberatkan oleh golongan pemerintah pada zaman dahulu sehingga muncul beberapa pengukir khas di sesebuah istana.
Malaysian Theatre FestivalFestival Teater MalaysiaKesenianDrama dan TeaterProgram pementasan peringkat kebangsaan di Malaysia yang dijalankan secara tahunan mengikut peringkat negeri dan zon yang menjadi wadah penggiat teater mempamerkan kreativiti. Festival ini merupakan lanjutan daripada Pesta Tarian dan Drama yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada awal tahun 70-an hingga 1980-an.
innovative thinkingpemikiran inovatifPengurusanPerancanganKeupayaan berfikir yang mencetuskan idea secara kreatif untuk melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang lebih cekap dan berkesan. Proses pemikiran inovatif melibatkan tiga unsur utama, iaitu kreativiti, pembangunan idea, dan pelaksanaannya. Pemikiran inovatif tidak semestinya berlaku dengan memperkenalkan produk baharu tetapi juga melalui cadangan penambahbaikan terhadap produk atau proses yang sedia ada. Pemikiran inovatif juga boleh dirujuk sebagai �berfikir di luar kotak�. Setiap peringkat dalam organisasi digalakkan mempunyai kemahiran pemikiran inovatif supaya organisasi tersebut lebih berdaya saing dan terus maju.
123

Kembali ke atas