Gred getah asli yang mempunyai tekstur berkedut dan dihasilkan daripada getah sekerap kering atau daripada lateks yang dibekukan. Getah mentah ini dibasuh dan digiling beberapa kali melalui mesin penggiling dan seterusnya dikeringkan. Terdapat beberapa gred getah krep mengikut bahan getah asal yang digunakan. Contohnya, getah krep yang berasal daripada lateks berwarna cerah, berbeza dengan getah krep daripada getah sekerap yang diambil daripada batang, alur torehan dan mangkuk lateks. Getah krep paling sesuai digunakan untuk tapak kasut.
Thanks for clicking. That felt good.