Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kro.nis.me] | کرونيسمى

Definisi : amalan mengutamakan atau memen­tingkan teman rapat dlm pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kronisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conflict of interestkonflik kepentinganPentadbiranPentadbiran Awam

Pertentangan atau percanggahan yang wujud di antara individu, kelompok atau organisasi terhadap sesuatu perkara yang menjadi keutamaan. Konflik ini boleh wujud dalam pelbagai keadaan seperti perbezaan pendapat dan pandangan, perebutan jawatan, perebutan sumber yang terhad, persaingan yang tidak sihat, kronisme dan nepotisme.

office politicpolitik pejabatPentadbiranPentadbiran Awam

Satu senario atau budaya yang wujud di dalam persekitaran sesebuah organisasi. Boleh dilihat dalam dua bentuk yang berbeza iaitu positif dan negatif. Dari aspek positif, politik pejabat boleh mempertingkatkan motivasi kerja dan hubungan yang baik di kalangan majikan dan pekerja sekiranya ditangani dengan cara yang betul. Manakala dari aspek lain, budaya ini akan mendorong ke arah perpecahan dan konflik dalam organisasi. Contoh kronisme, favouritisme, talam dua muka dan sebagainya.


Kembali ke atas