patristic chronology | kronologi patria | Sejarah | Tiada | Kronologi atau tertib tarikh berdasarkan kajian tulisan awal tentang kepercayaan atau keagamaan sesebuah masyarakat. |
chronfile | fail kronologi | Perpustakaan | Tiada | Fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang disusun mengikut susunan kronologi. |
chronological age | umur kronologi | Psikologi | Psikologi Umum | Umur hayat individu daripada lahir hingga ke tahap masa yang ditentukan. Umur kronologi biasanya digunakan untuk mengukur tahap perkembangan individu seperti mental, kecerdasan dan tingkah laku. |
chronological device | cara kronologi | Perpustakaan | Tiada | Satu daripada prinsip distingtif untuk menentukan urutan subjek dalam pengelasan kolon yang merupakan alat notasi bagi memastikan urutan kronologi dengan menggunakan simbol bagi mewakili sesuatu tarikh atau sesuatu punca. |
stratification | pelapisan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Timbunan tanah yang tersusun secara berlapis. Susunan ini dapat memberi maklumat tentang kronologi sesebuah tapak. Dalam arkeologi, susunan tanah diguna pakai untuk menentukan umur secara relatif dengan melihat hubungan peletakan artifak pada sesuatu lapisan. Kronologi ditentukan berdasarkan lapisan tanah, iaitu lapisan paling tua dai bawah manakala lapisan muda berada di atas. Sinonim stratifikasi. |
stratified deposit | mendapan berlapis | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Timbunan tanah atau lumpur yang bersusun secara kronologi. Timbunan ini dapat dibahagikan kepada dua keadaan yang berbeza. Pertama, berdasarkan kepada warna tanah daripada gelap kepada cerah. Kedua, berdasarkan kepada kedudukan artifak dan hubungannya dengan lapisan tanah secara kronologi. Pemerhatian terhadap mendapan ini adalah untuk mengetahui sama ada sesuatu tapak terganggu atau tidak dan dapat mengesan proses mendapan yang disebabkan oleh faktor alam seperti banjir. Sinonim endapan berstrata. |
chronological | kronologi | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
chronology | kronologi | Ekonomi | Tiada | Tiada |
relative chronology | kronologi relatif | Geografi | Tiada | Tiada |
denudation chronology | kronologi penggondolan | Geografi | Tiada | Tiada |