augmentation | augmentasi | Pendidikan | Tiada | Perubahan sesuatu benda atau hidupan daripada keadaan kuantitatif kepada suatu keadaan kuantitatif yang lain. |
quantitative verification | pengesahan kuantitatif | Sejarah | Tiada | Pengesahan tentang sesuatu hal yang dilakukan secara kuantitatif atau menurut urutan bilangan. |
assay | cerakian | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Dalam industri kayu, penentuan secara kualitatif atau kuantitatif jumlah pengawet sampel kayu yang telah diawet. Nilai kuantitatif biasanya dinyatakan dalam kg/m3 dan Ib/ka3. |
dot hybridization | penghibridan titik | Biologi | Genetik | Teknik separa kuantitatif untuk menilai kekerapan relatif jujukan-jujukan asid nukleik dalam satu campuran, atau takat persamaan antara beberapa jujukan homolog. Titik penghibridan ini dianggarkan secara separa kuantitatif dengan melihat persamaan bintik pada piawai radioaktif. |
quantitative character | ciri kuantitatif | Pertanian | Agronomi | Sifat atau ciri yang boleh diukur, seperti saiz, berat, ketinggian, hasil dan bilangan cabang yang ditentukan oleh berbilang gen. Fenotip yang akan terserlah biasanya dikawal oleh gabungan beberapa gen. Contohnya, tumbuhan yang mempunyai banyak gen memberikan sifat tinggi berbanding dengan tanaman yang mempunyai banyak gen yang memberikan sifat rendah. Ciri kuantitatif lebih sukar diwarisi berbanding ciri kualitatif kerana ciri kuantitatif memerlukan lebih banyak kacukan untuk menghasilkan sifat yang dikehendaki. Banding ciri kualitatif. |
quantitative approach | pendekatan kuantitatif | Pengurusan | Perancangan | Kaedah mengumpul maklumat yang menekankan maklum balas yang boleh diukur dan dikira, melibatkan pendapat peribadi dan penghuraian yang lebih objektif dan berasaskan soal selidik secara terpandu. Tujuan kaedah ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih khusus, menentukan takat ukuran dan menjurus kepada aspek yang ingin dikaji oleh organisasi. Kaedah ini disokong oleh analisis kuantitatif berasaskan pengiraan statistik yang dibantu oleh aplikasi perisian komputer. Contohnya, menjalankan soal selidik berstruktur yang menggunakan skala tertentu dan hasil analisisnya boleh dinilai dan dirumus dari segi skor purata dan peratusannya. Banding pendekatan kualitatif. |
quantitative | kuantitatif | Fizik | Tiada | Tiada |
quantitative | kuantitatif | Kimia | Tiada | Tiada |
quantitative | kuantitatif | Matematik | Tiada | Tiada |
quantitative | kuantitatif | Pendidikan | Tiada | Tiada |