quantum gravitations | ilmu kegravitian kuantum | Fizik | Mekanik Kuantum | 1. Kajian tentang teori kuantum bagi medan kegravitian. 2. Kajian tentang medan kuantum dalam lengkung ruang-masa. |
magnetic quantum number | nombor kuantum magnet | Farmasi | Tiada | Interger yang menandakan medan magnet yang dihasilkan oleh momentum suatu elektron di dalam atom. Simbolnya adalah m, yang bernilai daripada + 1 ke 1. Apabila nombor kuantum n=2, nombor kuantum magnet m adalah 1, 0 atau 1. Bd. nombor kuantum . |
photon | foton | Geologi | Tiada | 1. Kuantum cahaya atau sinaran elektromagnet yang tidak berjisim. |
quantum | kuantum | Fizik | Mekanik Kuantum | 1. Unit bagi kuantiti fizik yang bernilai gandaan integer. 2. Entiti hasil daripada pengkuantuman medan atau gelombang yang bersifat bak zarah seperti tenaga, jisim, momentum dan momentum sudut. Contohnya, foton ialah kuantum bagi medan elektromagnet dan fonon ialah kuantum bagi getaran kekisi. |
quantum number | nombor kuantum | Kimia | Tiada | Nombor yang merupakan nilai unit asas tenaga elektromagnet. Nombor ini menyatakan sifat-sifat gelombang elektron. Elektron sesuatu unsur mempunyai empat nombor kuantum yang mentakrifkan sifat-sifatnya, iaitu pertama, nombor kuantum utama n yang terdiri daripada sebarang integer positif, (n = 1,2,3... ¥). Nombor ini menentukan aras atau petala tenaga elektron yang utama. Kedua, nombor kuantum momentum sudut l yang terdiri daripada integer yang berkait dengan n, iaitu l = 0, 1, ... , (n – 1). Nilai pemalar ini menentukan orbital. Misalnya, l = 0, orbital ialah s; l = 1, p; l = 2, d; dan seterusnya. Ketiga, nombor kuantum orbital magnet m yang terdiri daripada integer berkait dengan l, iaitu m = 0, ±1, ±2, ±3,... ±l. Nombor ini menyatakan orientasi orbit berasaskan medan magnet yang kuat. Keempat, nombor kuantum spin magnet s yang tidak ada kaitan dengan nombor-nombor kuantum lain, dan mempunyai nilai, sama ada + ½ atau - ½ bergantung pada arah spin elektron pada paksinya. |
multiplicity | kegandaan | Fizik | Mekanik Kuantum | Kuantiti 2S+1, dengan S bersamaan dengan spin keseluruhan nombor kuantum dalam sistem yang mempunyai gandingan Russell-Saunders. |
spin | spin | Fizik | Mekanik Kuantum | 1. Putaran sesuatu jasad terhadap paksinya. 2. Momentum sudut intrinsik bagi zarah keunsuran atau nukleus yang wujud, walaupun apabila zarah berkeadaan diam |
Mott scattering | penyerakan Mott | Fizik | Mekanik Kuantum | 1. Penyerakan zarah seiras oleh daya Coulomb. 2. Penyerakan elektron kerelatifan oleh medan Coulomb. |
multipole radiation | sinaran berbilang kutub | Fizik | Mekanik Kuantum | 1. Sinaran elektromagnet yang mempunyai ciri setara dengan sinaran yang dijana oleh ayunan berbilang kutub magnet atau elektrik dan terdiri daripada foton yang momentum sudut dan paritinya tertera rapi. 2. Pertukaran dalaman bagi elektron atau pasangan positron-elektron yang mempunyai ciri serupa dan dikeluarkan daripada atom apabila nukleusnya membuat peralihan antara dua keadaan tenaga. |
quantum theory | teori kuantum | Kejuruteraan | Tiada | 1. Konsep yang menyatakan bahawa tenaga dihasilkan dan disinar dalam gandaan kuantiti minimum, iaitu kuantum sahaja. |