Ensembel muzik kamar untuk empat orang pemain muzik. Contohnya, kuartet alat tali yang terdiri daripada dua violin, sebuah viola dan sebuah celo.
Ensembel muzik kamar untuk empat orang pemain alat tali yang popular pada Zaman Klasik dan Zaman Romantik. Kuartet alat tali biasanya terdiri daripada dua violin, sebuah viola dan sebuah celo.
Satu babak dalam karya sonata, simfoni dan kuartet. Lihat juga gerakan muzik.
Muzik yang dikarya tanpa berpandukan suatu cerita atau idea yang bukan berunsur muzik. Muzik mutlak biasanya mempunyai tajuk seperti kuartet alat tali, simfoni dan sonata. Muzik ini berkemungkinan mengandungi tiga atau empat gerakan muzik dalam susunan lazim, iaitu allegro, adagio, menuet dan presto. Muzik jenis ini berbeza dengan muzik program.
1.Gerakan muzik dalam sesebuah karya yang mengandungi pelbagai gerakan muzik pada Zaman Klasik seperti sonata, simfoni dan kuartet. Karya jenis ini bermeter 3/4, bertempo laju dan beritma rancak. Scherzo biasanya ialah gerakan ketiga dalam karya yang mengandungi pelbagai gerakan muzik.
Muzik sekular yang wujud sejak Zaman Barok. Pada Zaman Klasik, karya muzik kamar telah berkembang dengan lebih mantap dan biasanya dipersembahkan sebagai ensembel. Contohnya, duo, trio dan kuartet. Muzik kamar digubah sebagai karya vokal atau karya instrumental. Sinonim musica da camera.
Thanks for clicking. That felt good.