reriang | reriang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Ploiarium alternifolium daripada famili Theaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kayu kuat, kuat-kuat dan riang-riang, dan di Sabah ialah suama. Gubal kayu dan teras kayu reriang sukar dibezakan, iaitu berwarna merah jingga dan menjadi merah tua apabila apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan iranya yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 975 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sangat berat. |
scrubbing brush | berus penggahar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat daripada bulu-bulu binatang, serabut, plastik dan lain-lain yang digunakan untuk menggonyoh atau menggosok kuat-kuat sesuatu permukaan supaya bersih. |
fortified | diperkuat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Menjadikan kuat atau lebih kuat. |
الأظهر | al-azhar | Agama Islam | Fiqh | Pendapat yang lebih kuat daripada pendapat yang kuat dalam mazhab Syafi‘iyy. |
neutral salt | garam neutral | Kimia | Tiada | Garam yang terhasil daripada tindak balas asid kuat dengan alkali kuat. Garam ini larut di dalam air tanpa menyebabkan hidrolisis, dan pH larutan ialah 7.0. Misalnya, kalium klorida, KCI. |
meteorological warning | amaran meteorologi | Sains | Hidrometeorologi | Maklumat yang disediakan di pejabat kawalan meteorologi berkenaan kejadian atau kemungkinan kejadian satu atau lebih fenomena berikut; kawasan ribut petir yang giat, ribut putaran tropika, golakan kuat, pengaisan kuat, ombak besar, ribut pasir atau ribut habuk yang meluas. |
meteorological warning | amaran meteorologi | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Maklumat yang disediakan di pejabat kawalan meteorologi tempat kejadian kemungkinan kejadian satu atau lebih fenomena, seperti kawasan ribut petir yang giat, ribut putaran tropika, golakan kuat, pengaisan kuat, ombak besar, ribut pasir, atau ribut habuk yang meluas. |
power and authority | kuasa dan kuat kuasa; hak kuasa dan kuat kuasa | Sejarah | Tiada | Kuasa yang menentukan hak pemerintahan dan hak untuk melaksanakan kuasa tersebut. |
position of strength | kedudukan kuat | Sejarah | Tiada | Tempat yang dianggap cukup selamat dan kuat khususnya kedudukan pihak tentera dalam menentang musuhnya. |
high explosives | bahan letupan kuat | Kimia | Tiada | Bahan letupan yang mengandungi nitrogen dan meletup akibat kejutan atau haba. Letupannya sangat kuat dan berlaku serta-merta. Misalnya, trinitrotoluena (TNT) dan nitrogliserin. |