cupola | kupola | Kesenian | Seni Bina | 1. Kubah kecil yang terletak di atas bumbung berbentuk kubah. Kubah ini berfungsi untuk menggalakkan pengudaraan. 2. Bentuk siling separa bulat atau bujur. |
kubah | kubah | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian atas yang paling menonjol pada sesebuah masjid. Dibawahnya terdapat ruang dewan solat utama. Bentuk kubah ini berbeza mengikut kawasan atau wilayah. Terdapat pelbagai bentuk kubah seperti bawang, bertingkat, bujur seperti telur, buah kopi dan separuh cembung. Gaya bentuk kubah boleh dibahagikan kepada enam jenis, iaitu Turki, Parsi-India, Mesir, Morocco-Andalusia, Arab-Syria dan Alam Melayu. |
kubah(Baj., Sam.) | kubah(Baj., Sam.) | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur benda berbentuk kubah, lazimnya diukir pada sarung atau hulu senjata tradisional. |
volcanic dome | kubah gunung berapi; kubah volkano | Geologi | Tiada | Bentuk volkano yang terdiri daripada jisim lava likat yang bundar yang terhimpit keluar dari bukaan dan membentuk jisim lava pekat berbentuk kubah di atas dan di sekeliling lohong volkano. |
volcanic dome | kubah gunung berapi; kubah volkano | Geografi | Tiada | Tiada |
dome | kubah | Kesenian | Seni Bina | Bahagian cembung atau berbentuk hemisfera pada bumbung sesebuah bangunan. Kubah boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti batu bata, aloi aluminium, keluli atau konkrit tetulang sebagai kerangka binaan dan dipadatkan dengan kepingan alumunium, tembaga, polikarbonat ataupun cermin. Contoh kubah banyak dilihat pada binaan seperti masjid. |
dome | kubah | Kesenian | Tiada | 1. Kubah: Bahagian cembung atau berbentuk hemisfera pada bumbung sesebuah bangunan. |
astrodome | kubah astro | Aeroangkasa | Tiada | Kubah lut sinar berbentuk hemisfera yang digunakan untuk melindungi sesuatu peranti. |
piercement dome | kubah tusukan | Geologi | Tiada | Kubah atau lipatan antiklin yang teras plastik lincahnya telah memecahkan batuan menindih yang lebih rapuh. |
pressure bell | kubah tekanan | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian berbentuk kubah pada bekas reaktor untuk buang gas. |