Cubism | Kubisme | Kesenian | Seni Bina | Gaya seni lukis dan seni arca yang menggambarkan sesuatu objek, termasuk bentuk manusia dan alam semula jadi dalam bentuk geometri. Gaya seni ini telah diperkenalkan oleh Pablo Picasso dan Georges Braque pada awal abad ke-20, yang telah memulakan revolusi lukisan dan arca di Eropah. Kedua-dua tokoh ini telah mempelopori kumpulan yang membawa pembaharuan avant-garde dalam karya seni mereka. Gaya Kubisme juga menonjolkan ciri ilusi tiga dimensi yang lut sinar serta mempunyai gambaran pergerakan. Selain itu, ia juga mengutamakan kesan warna yang bertenaga, jalinan yang pelbagai dan cara apresiasi yang bebas. Kubisme berhubung kait dengan gaya seni bina Art Deco dan seni bina moden yang mempunyai hiasan berbentuk prisma. |
cubism | kubisme | Komunikasi | Tiada | Tiada |
cubism | kubisme | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
cubism | kubisme | Kesenian | Tiada | Stail separa abstrak awal abad kedua puluh yang mementingkan bentuk-bentuk geometri. |
Analytical Cubism | Kubisme Analisis | Kesenian | Tiada | Tiada |
cubist poetry | puisi kubis | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang ditulis mengikut gaya pelukis aliran kubisme yang melukis di atas kanvas dengan mengambil segala peristiwa dalam bentuk pecahan dan kemudian menyusun semula sehingga melahirkan suatu pengertian baru. |
vorticism | vortisisme | Kesenian | Tiada | 1. Pergerakan seni lukis abstrak di England pada 1912-1915, yang melibatkan pengaruh Kubisme dan Futurisme. |
avant-garde | avant-garde | Kesenian | Seni Bina | Kumpulan yang membawa aliran pembaharuan dalam lapangan seni termasuk seni bina yang berbentuk eksperimental dan tidak konservatif serta berlawanan dengan tatacara biasa. Perkembangan avant-garde dalam seni bina dapat dilihat dengan kemunculan aliran atau gaya seni moden seperti Kubisme, De Stijl dan Ekspresionisme. Avant-garde berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud kawasan hadapan. |