Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.dis] | کوديس

Definisi : 1. sj penyakit kulit yg gatal dan ber­jangkit; ~ anjing = ~ api kudis yg besar; ~ buta kudis yg kecil-kecil di merata badan; 2. ki sesuatu yg mencelakakan, sesuatu yg mendatangkan keburukan; ~ menjadi tokak prb perkara kecil menjadi besar (kerana dibiarkan); mengubik kepala ~ orang prb membuka rahsia orang; berkudis, kudisan mendapat (menderita) penyakit kudis; mengudis menjadi kudis: luka itu ~ sebab dibiarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.dis] | کوديس

Definisi : penyakit kulit yg gatal dan mudah berjangkit. ~ anjing (api) kudis yg besar. ~ buta kudis yg kecil-kecil di merata-rata badan. berkudis menderita penyakit kudis; terdapat atau ada kudis. mengudis menjadi kudis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kudis

Peribahasa

Bukan kudis dibuat pekung.

Bermaksud :

Bukan perkara atau kesalahan kecil yang dibesar-besarkan. (Bandingkan dengan: Kudis menjadi tokak).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
septic sorekudis septisPentadbiran PerniagaanTiadaKudis yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
bedsorekudis tekananGerontologiTiadaUlser atau luka kronik di bahagian kulit yang disebabkan oleh rengsaan atau tekanan terutamanya di bahagian bonjolan tulang pada pesakit yang terlantar di atas katil. Kudis tekanan biasanya berlaku akibat posisi yang sama dalam jangka masa yang lama.
scabkudisBiologiPatologiPenyakit yang dicirikan oleh gejala berupa belur yang jelas hingga menyebabkan permukaan tumbuhan menebal, berkeropeng dan seterusnya mengelupas. Biasanya bahagian ini kemudiannya dilapisi oleh lapisan gabus. Contohnya ialah penyakit kudis yang disebabkan oleh Actinomyces sacbies pada ubi kentang yang menunjukkan gejala di atas.
humpsorekudis bonggolVeterinarTiadaTiada
scabieskudis butaPerubatanTiadaLihat skabeis.
cold sorekudis selesemaPerubatanTiadaLesi infeksi virus yang mengandungi vesikul kulit yang tidak berkaitan dengan saraf dan biasa terjadi di keliling bibir dan muka. Sinonim: Herpes simplex.
mouth sorekudis mulutVeterinarTiadaTiada
saddle sorekudis pelanaVeterinarTiadaTiada
summer sorekudis musim panasVeterinarTiadaTiada
head sorekudis kepalaVeterinarTiadaTiada
12345

Kembali ke atas