Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.lai] | کولاي

Definisi : ; berkulai, berkulaian bergantung berbuai-buai (spt dahan patah yg belum putus), berkelepai; terkulai terkelepai (spt bendera yg tidak berkibar), tergantung terbuai-buai (spt dahan patah), terlentok (kepala, bunga di dahan, dll): kakinya yg patah itu ~; kepalanya yg ~ itu perlahan-lahan diangkatnya; terkulai-kulai terkulai berulang kali: kelopak bunga tersebut ~ hampir gugur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lai] | کولاي

Definisi : ; siput ~ sj siput, Turbo marmoratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lai] | کولاي

Definisi : ; terkulai tergantung berbuai-buai (spt dahan kayu yg patah tetapi tidak putus); terkelepai (spt bendera yg tidak berkibar). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kulai
Kata Terbitan : terkulai,

Peribahasa

Sebagai petai sisa pengait.

Bermaksud :

Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Oroxylum indicumBeka, bonglai kayu, kulaiPertanianTiadaTumbuhan jenis pokok dalam famili Bignonaceae juga dikenali sebagai bonglai kayu dan kulai. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di tepi sungai dan kawasan lembab. Batangnya tegak dengan daunnya jenis bipinat tertumpu di bahagian hujung batang. Bunganya berbentuk corong, bersaiz besar dan berwarna putih. Tangkai bunganya tumbuh tegak di hujung batang. Buahnya jenis folikel dan bijinya leper bersayap putih. Akar dan kulit batangnya digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit, sakit perut dan sakit sendi. Daun digunakan untuk mengubati demam, sakit perut, bengkak otot dan sakit kepala. Bunga dan buah muda boleh dimakan sebagai sayur dan ulam.
limberneckleher kulaiVeterinarTiadaTiada
wristdroptangan kulaiPerubatanTiadaTiada
Oroxylum indicumbekaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Bignonaceae yang dikenali juga sebagai bonglai kayu dan kulai. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di tepi sungai dan kawasan lembap. Batangnya tegak dengan daunnya jenis bipinat tertumpu di bahagian hujung batang. Bunganya berbentuk corong, bersaiz besar dan berwarna putih. Tangkai bunganya tumbuh tegak di hujung batang. Buahnya jenis folikel dan bijinya leper bersayap putih. Akar dan kulit batangnya digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit, sakit perut dan sakit sendi. Daunnya digunakan untuk mengubati demam, sakit perut, bengkak otot dan sakit kepala. Bunga dan buah mudanya boleh dimakan sebagai sayur dan ulam.

Kembali ke atas