Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.dur] | کوندور

Definisi : sj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; ~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.dur] | کوندور

Definisi : nama sj herba atau buahnya (pokoknya menjalar dan buahnya boleh dimakan), Benincasa cerifera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kundur

Puisi
 

Sedap kundur dari labu,
     Manakan sama timun betik;
Sedap tidur dalam kelambu,
     Manakan sama atas riba adik.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Kalau seperti kundur labu,
     boleh dibelah.

Bermaksud :

Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga kundurbunga kundurKesenianTiadaMotif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk lapan pecahan kelopak, pecah lapan.
marrowsumsum; kundurPentadbiran PerniagaanTiada2. Kundur: Labu yang permukaan luarnya berbulu.
maroowkundurPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
marrowsumsum; kundurPerubatanTiadaTiada
wax gourd (Benincasa cerifera)kundur (Benincasa cerifera)PertanianTiadaTiada
wax gourd (Benincasa cerifera)kundur (Benincasa cerifera)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pecah lapanpecah lapanKesenianTiadaMotif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk lapan pecahan kelopak. bunga kundur

Kembali ke atas