Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuning kunyit

Peribahasa

Tak kuning oleh kunyit,
     tak putih oleh kapur.

Bermaksud :

Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
signal yellowkuning kunyitKesenianTiadaTiada
chrome yellowkuning krom; kuning kunyitKesenianTiadaTiada
chrome yellowkuning krom; kuning kunyitKesenianTiadaWarna kuning kemerahan.
saffronkuning kunyitKesenianTiada1. Pewarna kuning yang diperolehi daripada bahan safron.
kunyit(Ir.)kunyit(Ir.)KesenianTiadaCorak tenunan berunsur benda berbentuk batang mancis yang lazimnya berwarna kuning seperti warna kunyit.
natural food dyepewarna makanan semula jadiMakanan dan PemakananMakananPewarna semula jadi yang diekstrak daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya, warna merah daripada strawberi dan paprika, hijau daripada daun pandan, dan kuning daripada kunyit atau safron. Pewarna semula jadi perlu digunakan dengan jumlah yang banyak dalam makanan berbanding dengan pewarna tiruan.
curcuminkurkuminHerbaFitokimiaSebatian utama yang terdapat dalam kunyit. Kumpulan sebatian ini dikenali sebagai sebatian kurkuminoid dan dicirikan dengan kewujudan dua unit feruloil yang digandingkan melalui satu unit metilena. Dua sebatian kurkuminoid utama lain yang juga terdapat bersama-sama kurkumin ialah demetoksikurkumin dan bisdemetoksikurkumin. Kurkumin wujud dalam dua bentuk tautomernya, sama ada keto atau enol. Kurkumin digunakan untuk pengukuran kuantitatif unsur boron yang dikenali sebagai kaedah kurkumin. Kurkumin berwarna kuning terang dan boleh digunakan sebagai pewarna makanan. Kurkumin dibuktikan bersifat antioksida, antiradang dan mencegah penyakit kanser.
food colouringpewarna makananMakanan dan PemakananMakananPigmen atau bahan yang menghasilkan warna apabila ditambahkan ke dalam makanan atau minuman yang diproses. Pewarna makanan biasanya berbentuk cecair, serbuk, gel dan pes. Contoh pewarna semula jadi ialah kunyit (E100), paprika (E160c) dan likopena (E160d). Manakala contoh pewarna tiruan ialah kuinolina kuning (E104), karmoisin (E122) dan Green S (E142). Pewarna tiruan digunakan dengan kuantiti yang sedikit dalam industri makanan dan menghasilkan warna yang seragam kepada produk makanan.

Kembali ke atas