sultana | sultana | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anggur kering yang lebih besar dan lebih manis daripada kismis dan kurang kandungan asidnya. |
tristeza | tristeza | Biologi | Patologi | Penyakit limau manis yang parah disebabkan oleh virus berbentuk batang, panjangnya lebih kurang 2,000 um yang berada di dalam floem. Gejala utamanya ialah tanaman layu, daun mengering dengan tiba-tiba dan akhirnya seluruh tanaman mati. |
sweet corrosion | kakisan manis | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : kakisan karbon dioksida. Kakisan yang terjadi ke atas logam akibat persentuhan logam tersebut dengan gas karbon dioksida dan/atau asid, terutama asid karbonik. Kakisan yang terjadi akan menyebabkan logam berkenaan menjadi bertambah buruk serta kurang nilainya. |
glycerol | gliserol | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Alkohol trihidrik yang jernih, tidak berbau, likat dan berasa manis. Gliserol merupakan komponen asas minyak dan lemak selain asid lemak. Gliserol wujud secara semula jadi dalam kebanyakan tumbuhan dan diperoleh sebagai bahan sampingan hidrolisis lemak dan minyak dalam pembuatan sabun atau daripada penapaian glukosa, atau melalui sintesis kimia propilena. Gliserol mempunyai kemanisan lebih kurang dua per tiga kemanisan sukrosa. Gliserol digunakan sebagai perencat penghabluran, humektan dan bahan pemanis dalam makanan bakeri, manis-manisan, dan kelapa parut. Ia juga digunakan sebagai pelarut bagi pewarna dan perisa makanan; dan sebagai bahan pelincir bagi alat pemprosesan makanan. Sinonim gliserin. |
aspartame | aspartam | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Pemanis tanpa zat dan berkalori rendah yang diperbuat dalam minuman ringan, campuran makanan kering, dan makanan berkalori rendah. Aspartam adalah lebih kurang 150-200 kali lebih manis daripada sukrosa. Lihat juga pemanis tanpa zat. |
volatile oil determination | penentuan minyak meruap/pati | Herba | Tiada | Prosedur penentuan kandungan minyak meruap/pati dalam bahan herba. Nilai peratusannya merupakan ukuran kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan minyak biasanya meruap/pati dalam sejumlah berat bahan diukur dengan kaedah penyulingan stim menggunakan peralatan Clavenger. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai minyak meruap/pati bagi biji buah pelaga ialah tidak kurang daripada 4.0%v/w dan bagi kulit kayu manis ialah tidak kurang daripada 1.0%v/w. |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Tiada | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati. |