desuperheat | nyahpanas lampau | Kejuruteraan | Tiada | Membawa stim terpanas lampau supaya bersentuhan dengan semburan air untuk mendapatkan stim terpanas lampau yang tepu atau stim terpanas lampau yang kurang sedikit kepanaslampauannya. |
red klover | klover merah | Veterinar | Tiada | Sejenis kekacang yang berasal dari negara beriklim sederhana yang ditanam bersama-sama rumput terpilih untuk meningkatkan kandungan protein pastura. Tanaman ini mengandungi aras vitamin dan juga mineral seperti ferum, magnesium dan kalsium yang tinggi serta sesuai sebagai makanan ternakan. Selain itu, tanaman ini juga digunakan untuk meningkatkan kadar kesuburan tanah kerana boleh mengikat nitrogen. Pertumbuhannya juga lebih mudah kerana tidak memerlukan tanah yang subur. Walau bagaimanapun, hasil bahan keringnya kurang sedikit berbanding kekacang lain seperti alfalfa. |
Bessemer ore | bijih Bessemer | Geologi | Tiada | Bijih besi yang mengandung fosforus dengan jumlah yang sangat sedikit, biasanya kurang daripada 0.045%. |
loose coupling | gandingan longgar | Kejuruteraan | Tiada | 1. Darjah gandingan pada sistem salunan, yang jauh kurang daripada gandingan genting.,2. Gandingan di antara dua litar yang amat sedikit kuasa dipindahkan di antara litar-litar itu, dan perubahan galangan pada satu litar mempunyai kesan yang amat sedikit pada litar yang satu lagi. |
clonazepam | klonazepam | Kimia | Forensik | Formula kimia, C15H10O3N3CI; nama dagang, Donopin, Rivotril. Serbuk kekuningan, berbau sedikit, tak larut dalam air, larut sedikit dalam etanol dan eter, hampir tak larut dalam aseton dan kloroform. Ubat antikonvulsan daripada kumpulan benzodiazepina yang digunakan untuk merawat semua bentuk epilepsi. Kesan sampingan termasuk rasa mengantuk, kelesuan, pening, kurang koordinasi dan perubahan kelakuan. |
poverty of speech | kurang pertuturan | Perubatan | Psikiatri | Percakapan yang sedikit kerana tidak berminat untuk menjawab pertanyaan atau disebabkan fikiran yang terganggu. |
poverty of speech | kurang pertuturan | Perubatan | Psikiatri | Percakapan yang sedikit kerana tidak berminat untuk menjawab pertanyaan atau disebabkan fikiran yang terganggu. |
lean mix | campuran kurang simen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Campuran yang mempunyai kandungan simen yang sedikit yang sukar diplasterkan. |
under-reinforced section | keratan tetulang kurang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Keratan konkrit yang mempunyai sedikit jumlah tetulang berbanding dengan jumlah yang diperlukan dalam rekabentuk. |
lean mix concrete | konkrit kurang simen | Alam Bina | Tiada | Konkrit yang dibancuh dengan hanya sedikit simen. |