wall-mounted lantern | lantera dinding | Landskap | Tiada | Lampu bertutup kaca atau kertas yang dilekatkan pada dinding untuk tujuan hiasan. |
light table | meja cahaya | Landskap | Tiada | Meja khas yang mempunyai permukaan yang diperbuat daripada bahan lut sinar seperti kaca atau plastik dan mempunyai lampu di bawah permukaan meja tersebut. Meja ini digunakan untuk melihat kertas surih , fi lem, slaid dan sebagainya yang diletakkan di atas permukaannya. |
special mechanical effect | kesan khas mekanikal | Komunikasi | Korporat | Kesan audiovisual yang dihasilkan khusus bagi mewujudkan suasana bermakna kepada sesuatu acara. Keadan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan ciptaan seni, seperti kertas, asap, air, kabus, bahan pewarna, lampu, dan peralatan lain yang berkaitan. Penggunaan bahan ciptaan ini perlu digabungkan dengan peralatan audiovisual, mesin mekanikal, teknologi berkomputer, dan perisian multimedia. Dalam komunikasi korporat, pengurusan atau pelancaran sesuatu acara banyak menggunakan kesan khas pelancaran sesuatu acara banyak menggunakan kesan khas mekanikal bagi mewujudkan daya tarikan khalayak. Melalui kaedah ini, khalayak akan lebih memberikan tumpuan pada acara yang dijalankan. Contohnya, acara pelancaran buku, pelancaran model kereta terbaharu, dan pelancaran barangan amanah saham akan lebih mendapat perhatian. Dalam bidang pengiklanan, kesan khas mekanikal digunakan untuk menghasilkan iklan jalanan yang memberikan kesan pergerakan, kesan pertukaran warna, dan kesan lain yang diperlukan. Kerja pencipt |
camera script | skrip kamera | Komunikasi | Tiada | Skrip yang mengandungi maklumat mengenai jenis tangkapan dan pergerakan kamera sebagai panduan jurukamera sewaktu rakaman. Skrip ini akan dicatatkan sama ada di atas kad atau kertas. Skrip ini juga mengandungi arahan-arahan teknikal seperti kedudukan lampu, pergerakan artis dan dialog yang digunakan. |