Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.skap] | لنسکڤ

Definisi : 1. pemandangan alam sesuatu kawasan yg mengandungi unsur-unsur spt bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan, terutama­nya pemandangan pedesaan; 2. catan, lukisan, dsb yg menggambarkan pemandangan alam; 3. seni taman yg memaparkan ciri-ciri peman­dangan alam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata landskap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
landscape featuregambaran landskapLandskapTiadaBentuk atau ciri khusus sesuatu landskap yang membezakannya dengan landskap yang lain. Contohnya perbezaan ciri antara landskap sungai dengan landskap pesisir pantai. Landskap sungai biasanya mempunyai ciri seperti pokok saraka dan batu sungai, manakala landskap pesisir pantai mempunyai ciri seperti paya, pokok ru dan kelapa.
urban landscapelandskap bandarLandskapTiadaLandskap yang terdapat di kawasan bandar yang terdiri daripada landskap buatan. Landskap ini berkeadaan padat dan memerlukan penyelenggaraan yang rapi.
landscape oscillationalunan landskapLandskapTiadaLandskap yang direka bentuk supaya pemandangan landskap tersebut kelihatan seolah-olah bergerak ke kiri dan ke kanan.
vernacular landscapelandskap tempatanLandskapTiadaLandskap yang terdapat di kawasan perumahan yang mengambil kira keperluan penduduk setempat. Landskap jenis ini biasanya menggambarkan aspirasi, budaya, adat resam dan persekitaran tempatan. Sinonim landskap vernakular.
landscape diversitykepelbagaian landskapLandskapTiadaKeanekaan sifat dan ciri landskap yang wujud dalam sesuatu kawasan. Contohnya, landskap di kawasan ban dar mempunyai keanekaan yang lebih tinggi seperti mempunyai taman yang dilengkapi dengan pelbagai tumbuhan, lampu, arca, perabot dan sebagainya, berbanding dengan landskap gurun yang mempunyai keanekaan yang lebih rendah.
continental landscapelandskap baratLandskapTiadaLandskap yang mempunyai unsur budaya Eropah. Landskap jenis ini banyak menggunakan tumbuhan dan bunga yang berwarna-warni serta mempunyai reka bentuk formal.
alluvial landscapelandskap aluviumLandskapTiadaLandskap yang terdapat di kawasan yang bertanah aluvium. Contohnya, landskap muara sungai.
historical landscapelandskap sejarahLandskapTiadaLandskap ya ng mengandungi artifak dan nilai sejarah. Contohnya, landskap yang terdapat di Pasir Salak, Perak dan Lembah Bujang, Kedah.
eccentric landscapelandskap pelikLandskapTiadaLandskap atau taman yang mempunyai reka bentuk yang lain daripada kebiasaan. Landskap ini bertujuan menarik perhatian pengunjung. Contohnya, kereta yang ditumbuhkan dengan rumput.
built landscapelandskap binaanLandskapTiadaLandskap yang dibina oleh manusia dan tidak terbentuk secara semula jadi. Contohnya, landskap bandar.
12345678910...

Kembali ke atas