Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.gan] | لڠݢن

Definisi : ; berlanggan membuat pembelian secara tetap (surat khabar, majalah, dll): kami ~ tiga buah surat khabar; berlangganan membeli dgn tetap; mereka sudah lama ~ dgn Wim tentang barang­-barang seludupan; melanggan membeli secara tetap (surat khabar, majalah, dll): boleh dikatakan semua majalah keluaran tanah air dilanggannya; langganan 1. = pelanggan; 2. penjual yg tetap; 3. hubungan jual beli atau urus niaga yg tetap (antara seseorang penjual dgn pembeli yg selalu membeli daripadanya); 4. = wang ~ pembayaran yg tetap (kerana berlanggan); pelanggan 1. pembeli (surat khabar, majalah, dll) yg tetap: makin bertambah ramailah ~nya dan kedainya pun bertambah besar pula; 2. orang (syarikat) dsb yg membayar kpd seseorang spt peguam (pembina dsb) utk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.gan] | لڠݢن

Definisi : ; berlanggan membeli surat khabar, majalah dll secara tetap: Kami ~ bermacam-macam jenis majalah dan surat khabar. melanggan 1 membeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: Sudah bertahun-tahun dia ~ akhbar di kedai itu. 2 menggunakan atau mendapatkan khidmat seseorang dgn membayar kpdnya. pelanggan 1 pembeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: ~ di kedainya makin bertambah. 2 orang, pihak, syarikat dll yg mendapat khidmat seseorang, sesebuah syarikat dsb dgn membayar kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgan
Kata Terbitan : melanggan, pelanggan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oversubscriptionlebihan langgan(an)Pentadbiran PerniagaanTiadaTerbitan awam atau hak, menerima lebihan permohonan berbanding dengan bilangan saham yang ditawarkannya.
oversubscriptionlebihan langgan(an)EkonomiTiadaTiada
custom softwareperisian langganKejuruteraanTiadaTiada
custom softwareperisian langganKomputerTiadaTiada
subscription priceharga langganPentadbiranTiadaHarga yang perlu dibayar apabila membeli saham baharu atau melaksanakan terbitan hak.
date of subscriptiontarikh langganPentadbiran PerniagaanTiadaWaktu permulaan dan penamatan sebenar liabiliti insurer seperti yang terkandung di dalam polisi.
undersubscribed issueterbitan kurang langganPentadbiranTiadaTerbitan sekuriti saham yang tidak dilanggan sepenuhnya.
custom applicationaplikasi suai langganTeknologi MaklumatTiadaAplikasi yang diubah suai atau direka bentuk khusus untuk seseorang pelanggan.
shariah compliance instrumentinstrumen patuh syariahEkonomiEkonomi IslamInstrumen pasaran modal yang menepati kehendak syariah. Di Malaysia, instrumen ini harus diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti. Dana yang dijana daripada instrumen ini digunakan untuk aktiviti yang selaras dengan syariah. Contohnya, waran panggilan, kontrak niaga hadapan minyak kelapa sawit mentah, hak langgan boleh pindah dan pensekuritian aset Islam.

Kembali ke atas