subfloor | sublantai | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Lantai yang dibina di atas jeriau sebelum menempatkan struktur lantai utama. Lantai ini permukaannya kasar. |
lantai lansaran | lantai lansaran | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul serentak. Alat muzik ini dipercayai mempunyai kaitan dengan upacara ngayau, iaitu ambil kepala. Lantai khasnya diperbuat daripada papan kayu yang mudah lentur. Bahagian bawah lantai disokong dengan beberapa kepingan papan kayu yang diletakkan secara mendatar. Beberapa orang penyanyi berdiri di atas lantai dan menggerakkan kaki dengan langkah tertentu sambil menyanyikan pantun. Lantai lansaran mengetuk papan kayu di bahagian bawah untuk menghasilkan pukulan berterusan bagi mengiringi nyanyian pantun oleh penyanyi korus. Kadangkala gong berbusut dimainkan bersama-sama ensembel penyanyi dan lantai lansaran. Alat muzik ini dimainkan oleh |
slatted floor | lantai bilah; lantai berselat | Veterinar | Tiada | Tiada |
occlusal floor | lantai oklusi | Pergigian | Tiada | Kawasan terdalam pada kaviti di permukaan oklusi. Kedalaman lantai oklusi bergantung kepada keluasan karies dan bahan restorasi yang hendak digunakan seperti amalgam, komposit atau ionomer kaca. Bagi karies kaviti kelas II, lantai oklusi akan bertemu dengan lantai gingiva. Lantai oklusi boleh didapati di dalam kaviti kelas I dan II. |
ribbed slab | papak berusuk | Kejuruteraan | Tiada | Lantai konkrit bertetulang yang bahagian pengalas bebannya terdiri daripada rasuk tee yang diperkukuh dengan bar-bar keluli di bahagian bawah rentang. Sinonim : lantai jubin geronggang; lantai blok geronggang; lantai pot. |
resilent flooring | lantai mudah lentur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Lantai daripada jubin atau lantai daripada asfalt linoleum, getah, polivinil klorida ataupun bahan lain yang mudah dilentur atau dilipat tanpa memberi kecacatan yang ketara. |
hearth | lantai perapi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Lantai daripada batu ataupun konkrit yang tahan bakar dan dibina pada dasar lantai yang menempatkan api. Struktur seperti ini hanya terdapat pada bangunan yang terletak ditempat yang beriklim sejuk. Lantai perapi selalunya diunjur ke dalam bilik bagi menghalang lantai atau kemasannya terbakar. |
gingival floor | lantai gingiva | Pergigian | Tiada | Kawasan kaviti di kotak proksimal yang bersebelahan dengan gingiva. Lantai gingiva ini terletak sama ada di atas atau di bawah paras gingiva bergantung kepada keluasan karies. Lantai kaviti adalah baik jika terletak di supragingiva kerana ini akan mengurangkan iritasi pada tisu gingiva. Jika lantai kaviti berada di paras subgingiva permukaan restorasi harus digilap supaya licin agar ia tidak menjadi punca iritasi kepada tisu gingiva. Lantai gingiva akan bertemu dengan lantai oklusi jika terdapat karies yang dalam di oklusi. Lantai gingiva terdapat dalam kaviti kelas II, III atau V. |
electric floor polisher | penggilap lantai elektrik | Sosiologi | Tiada | Penggilap lantai yang menyental dan menggilap lantai dengan menggunakan kuasa elektrik. |
joist; stringer | gelegar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Kayu gergaji panjang berbentuk segiempat bujur yang mempunyai ketebalan kira-kira dua kali ganda daripada lebarnya, dan banyak digunakan untuk memasang lantai. Gelegar lantai biasanya dipasang selari di atas rasuk dan di bahagian bawah lantai. Sin: alang. 2. Kayu yang digunakan dalam kerja-kerja pembinaan, sebagai penyokong atau penyangga kepingan kayu yang lebih kecil daripadanya dan banyak digunakan dalam pembinaan jambatan, rumah, dan juga sebagai asas susunan kayu semasa keringan udara. |