Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.nun] | لانون

Definisi : perompak laut, bajak laut; melanun merompak spt lanun (di laut); pelanunan perbuatan atau kegiatan melanun: ~ di perairan itu semakin menjadi-jadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.nun] | لانون

Definisi : perompak di laut. melanun merompak di laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanun (kata nama)
Bersinonim dengan perompak laut, bajak laut, penjenayah, penjahat.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corsairlanunSejarahTiadaKapal lanun dari wilayah Barbary di Afrika Utara yang menyerang pedagang Kristian khususnya dari negara-negara Eropah sewaktu zaman perjumpaan baru.
piratelanunUndang-undangTiadaTiada
piratelanunSejarahTiadaOrang yang melakukan rompakan atau rampasan dengan kekerasan dan kekejaman di kawasan laut sama ada laut dalam atau persisiran pantai.
buccaneerlanunSejarahTiadaOrang yang merompak, merampas dan membunuh di laut untuk mencari keuntungan.
Sea BeggarLanun BelandaSejarahTiadaTiada
pirate streamsungai lanunGeologiTiadaTiada
nautical melodramamelodrama nautikalKesenianDrama dan TeaterCorak melodrama yang memaparkan kisah yang berkaitan dengan kapal karam, penyeludupan atau lanun. Melodrama ini biasanya mengemukakan tema keperwiraan yang patriotik sifatnya.
maritime terrorismkeganasan maritimUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeganasan yang dikaitkan dengan aktiviti rompakan yang dilakukan di laut lepas. Dalam kes seperti ini, lanun yang melakukan rompakan tersebut tidak melakukannya atas arahan mana-mana pihak dan tidak menerima sebarang perlindungan daripada mana-mana negara, tetapi biasanya mereka akan menyerang kapal dari semua negara. Keganasan maritim merupakan satu kesalahan terhadap kemanusiaan. Mana-mana pengganas maritim yang ditangkap boleh dibicarakan di mana-mana mahkamah tanpa mengira kewarganegaraan.
menaceancamanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBahaya yang boleh berlaku sama ada di darat, di laut atau di udara yang boleh memberikan kesan mudarat kepada sesuatu pihak atau negara lain yang berada di sesuatu kawasan atau yang mempunyai kepentingan di kawasan tersebut. Contohnya, kegiatan lanun merupakan satu ancaman yang sering berlaku di kawasan perairan yang boleh mengancam keselamatan kapal dagang dan nelayan. Contoh lain ialah keganasan yang berlaku di sesebuah negara yang mengalami krisis boleh memberikan ancaman ekonomi dan perdagangan terhadap negara lain yang mempunyai hubungan dua hala dengan negara berkenaan. Triti antarabangsa yang dibentuk bagi menangani ancaman-ancaman ini, antaranya ialah Konvensyen Undang-Undang Laut PBB dan Konvensyen untuk Menindas Tindakan Salah terhadap Keselamatan Pelayaran Maritim.

Kembali ke atas