barrel | tong; laras; cerompong | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Tong: Bekas besar daripada kayu atau logam, dan lain-lain.,2. Laras: Pembuluh senapang.,3. Cerompong: Muncung meriam atau senapang. |
louvre | ram; anak tingkap | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ram: Bukaan, sama ada tetap atau boleh laras, pada dinding atau siling dengan slat condong untuk memungkinkan cahaya dan udara masuk tetapi menahan masuknya air hujan.,2. Sebarang susunan bukaan-bukaan yang menyerupai slat, sama ada tetap atau boleh laras, untuk tujuan pengudaraan.,3. Susunan slat-slat sepusat atau selari atau anggota jerejak yang setara, yang digunakan untuk menyembunyikan dan melindungi sebuah pembesar suara sambil memungkinkan gelombang bunyi telus. |
adjustable shelf | rak boleh laras | Perpustakaan | Tiada | 1. Rak yang kedudukannya boleh diubah suai untuk memuatkan buku-buku yang ketinggiannya berbeza-beza. |
register | daftar; tingkat nada; laras bahasa; penghala; kena jadi; tingkat suara; register | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pemadanan atau penindihan yang tepat bagi dua atau lebih imej, misalnya tiga warna pada kelir penerima televisyen warna.,2. Penjajaran kedudukan relatif kepada rujukan atau koordinat tertentu, seperti penjajaran lubang-lubang pada kad tertebuk, atau menempatkan imej-imej pada peranti pengecaman aksara optik. |
potentiometer | meter keupayaan | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Perintang yang mempunyai sentuhan gelongsor yang selanjar dan boleh laras dan digunakan sebagai pembahagi voltan. 2. Peranti untuk mengukur daya gerak elektrik dengan membandingkan beza keupayaan yang diketahui. |
setting the drag | laras tarikan | Perikanan | Tiada | Kaedah menyelaraskan rintangan pada gigi tuil gelendong bagi membolehkan ikan tersentak dengan tiba-tiba serta menghalang tali daripada terputus. Rintangan biasanya ditetapkan pada kadar 1/3 daripada kekuatan tali. Sekiranya tali pada gelendong mempunyai kekuatan 15 kg, rintangan perlu ditetapkan pada 5 kg. Contohnya, apabila ikan yang telah dipancing menarik tali dengan kuat sehingga melebihi rintangan yang telah ditetapkan, tali akan berhenti keluar dengan tiba-tiba dan tidak terputus. |
pad | pad;alas | Kejuruteraan | Tiada | 1. Lapisan bahan yang digunakan sebagai kusyen atau untuk perlindungan.,2. Unjuran logam lebih pada tempaan tuangan, atau bahagian yang terkimpal.,3. Titik berlepas atau mendarat bagi helikopter atau kenderaan angkasa.,4. Tapai atau pelantar galasan beban tempat roket dilancarkan. Sinonim: pad lancar,5. Kerja bata di sebelah bawah besi lebur di tapak relau bagas.,6. Pemuat boleh laras terpraset yang kecil, digunakan untuk mengatur frekuensi tepat bagi ayunan pengayun, atau litar tertala dalam penguat atau turas. Sinonim: pengepad; perapi,7. Pelemah tetap yang dipasang pada talian penghantaran, atau pada pandu gelombang untuk mengelakkan pantulan. |