Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ru.tan] | لاروتن

Definisi : 1. benda yg sudah dicairkan, cairan; 2. (Kim) campuran sekata satu atau lebih bahan dlm pelarut: masukkan buli-buli jangka suhu itu ke dlm ~ garam yg sedang mendidih; ~ akueus larutan yg pelarutnya air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ru.tan] | لاروتن

Definisi : cairan yg di dlmnya terdapat bahan(-bahan) yg sudah larut; benda yg dilarutkan serta cairan yg melarutkannya: Daun akan berubah warna dlm ~ iodin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata larutan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anisotonicanisotonikPerubatanTiadaBerkaitan larutan-larutan yang tidak isotonik antara satu sama lain.
anisotonicanisotonikKimiaTiadaBerkaitan larutan-larutan yang tidak isotonik antara satu sama lain.
tintometertintometerFizikOptikAlat yang digunakan untuk menganggar keamatan larutan berwarna secara membandingkannya dengan larutan-larutan piawai atau slaid kaca berwarna.
formaldehydeformaldehidPerubatanTiadaFormula HCHO. Bahan kimia yang boleh berbentuk cecair atau gas; larutan 37% gas ini, yang dinamai formalin digunakan untuk mengawet spesimen patologi di dalam larutan. Larutan yang lebih cair dapat digunakan sebagai antiseptik.
serial dilutionpencairan bersiriPertanianAgronomi

 Kaedah mencairkan larutan nutrien daripada larutan pekat (stok). Larutan stok disediakan dengan menggunakan kepekatan nutrien yang tinggi. Sebelum digunakan, larutan tersebut perlu dicairkan beberapa kali supaya kadar nutrien bersesuaian dengan keperluan tanaman.

colloid solutionlarutan koloidPerubatanTiadaBahan yang tidak dapat menebusi membran separa telap. Bahan ini berbentuk suspensi dan bukan larutan tulen. Larutan koloid dikenali sebagai pengganti atau pengembang plasma. Contohnya, dekstran, gelatin, larutan kanji dan albumin.
BrixBrixMakanan dan PemakananTeknologi MakananSkala bagi mengukur kandungan pepejal yang larut dalam larutan tulen seperti larutan sukrosa. Dalam larutan tulen, satu darjah Brix (1oBrix) bersamaan dengan 1% pepejal larut. Ia boleh diukur menggunakan hidrometer atau refraktometer.
litmus paperkertas litmusKimiaTiadaKertas yang ditepukan dengan larutan litmus, iaitu larutan yang sebatian terlarutnya diperoleh daripada liken, dan kemudiannya dikeringkan. Kertas inidigunakan sebagai penunjuk pH. Kertas litmus berwarna merah di dalam larutan berasid tetapi berwarna biru di dalam larutan beralkali. Lihat juga litmus.
excess entropyentropi lebihanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerbezaan antara entropi larutan dengan entropi larutan unggul (bukannya gas unggul) yang dijelaskan sebagai dengan SE = entropi lebihan (J/mol K), S = entropi larutan (J/mol K), Sj = entropi tulen komponen j (J/mol K), xj = pecahan mol komponen j, R = pemalar gas semesta, SID = entropi larutan unggul (J/mol K), S = perubahan entropi pencampuran (J/mol K).
excess enthalpyentalpi lebihanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerbezaan antara entalpi larutan dengan entalpi larutan unggul (bukannya gas unggul) yang dijelaskan sebagai HE = H � HID, HE = H � ?Xj Hj, dengan HE = entalpi lebihan (J/mol), H = entalpi larutan, Hj = entalpi tulen komponen j (J/mol), Xj = pecahan mol komponen j, HID = entalpi larutan unggul (J/mol).
12345678910...

Kembali ke atas