disease name | nama penyakit | Biologi | Patologi | Nama yang diberikan dan digunakan untuk sesuatu penyakit. Biasanya nama ini diberikan berdasarkan gejala atau gabungannya dengan nama perumah (atau organ) yang terserang dan nama penyebabnya. Beberapa contoh nama penyakit ialah layu, layu vaskular, busuk buah dan luruh daun Phytophthora. |
Granville wilt | layu Granville | Biologi | Patologi | Layu tembakau yang disebabkan oleh bakteria Pseudomonas solanacearum. Penyakit ini tidak menyebabkan layu vaskular, tetapi menyerang korteks akar dan batang hingga menyebabkan tanaman tersebut layu sebahagian, dan akhirnya secara menyeluruh. |
wilt | layu | Biologi | Patologi | 1. Gejala akhir kebanyakan jenis penyakit, kerana selnya kehilangan kesegaran dan menjadi flasid. bd. epinasti. 2. Nama penyakit yang menunjukkan gejala layu seperti (1) di atas, lih. trakeomikosis, layu vaskular, mikosis vaskular. |
vascular wilt | layu vaskular | Biologi | Patologi | Layu yang disebabkan oleh gangguan patogen pada tisu vaskular. Biasanya penyakit ini disebabkan oleh beberapa spesies kulat Verticillium, Fusarium dan bakteria. |
Pathogen | Patogen | Pertanian | Tiada | Organisma atau agen yang menyebabkan penyakit pokok. Jenis patogen ialah kulat, bakteria atau virus. Contohnya virus mosaik tembakau (Tobacco Mozaic Virus –TMV), kulat Coletotrichum gloeosporioides yang menyebabkan penyakit antraknos pada bunga pokok mangga dan penyakit layu Fusarium (layu Panama) oleh kulat Fusarium oxysporum pada pokok nangka. |
wilting point | titik layu | Pertanian | Tiada | Kandungan maksimum air tanah, apabila tumbuhan penunjuk menjadi layu dan gagal, tumbuh kembali apabila diletakkan di dalam kebuk lembap. |
permanent wilting point | titik layu kekal | Pertanian | Tiada | 2. Kandungan maksimum air tanah apabila tumbuhan penunjuk menjadi layu dan gagal tumbuh kembali apabila diletakkan di dalam kebuk lembap. |
pathogen | patogen | Herba | Botani dan Bioteknologi | Organisma atau agen yang menyebabkan penyakit pokok. Jenis patogen ialah kulat, bakteria atau virus. Contohnya, virus mosaik tembakau (Tobacco Mozaic Virus (TMV)) dan kulat Coletotrichum gloeosporioides menyebabkan penyakit antraknos pada bunga pokok mangga dan penyakit layu Fusarium (layu Panama) oleh kulat Fusarium oxysporum pada pokok nangka. |
fusicoccum | fusikokum | Biologi | Patologi | Fitotoksin perumah khusus yang menyebabkan gejala layu. Bahan ini dihasilkan oleh kulat Fusicoccum amygdali yang menyebabkan penyakit layu pada pokok almon dan pic. |
wilting point | takat layu | Sains | Hidrometeorologi | takat tanih mengandungi air yang amat sedikit (diukur sebagai peratus tanih kering) sehingga tanih itu tidak berupaya untuk membekalkan air pada kadar yang cukup untuk menahan tumbuhan daripada kekal layu. Takat ini berubah mengikut jenis dan struktur tanih, lebih kurang 3 peratus bagi pasir ringan dan 20 peratus bagi lempung berat, dan bersepadanan dengan suatu keupayaan rerambut lebih kurang 150 meter air |