thermokarst topography | topografi termokars | Geologi | Tiada | Permukaan bumi yang tak sekata yang mengandungi rawa, gegua, lelubang, atau lekukan-lekukan kecil lainnya yang terbentuk di kawasan ibun abadi melalui peleburan ais bumi. |
deltaic pool | lubuk delta | Geografi | Tiada | Lopak air di permukaan delta terbentuk bila limpahan air daripada alur-alur delta bertumpu ke dalam lekukan-lekukan. |
secondary depression | lekukan sekunder | Sains | Hidrometeorologi | Lekukan yang berhubung dengan lekukan yang lebih penting atau yang lebih tua (lekukan primer). |
secondary depression | lekukan sekunder | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Lekukan yang berhubungan dengan lekukan yang lebih penting atau yang lebih tua (lekukan primer). |
cold oclusion depression | lekukan taupan sejuk | Sains | Hidrometeorologi | Lekukan sekunder yang terbentuk di titik penyatuan perenggan sejuk dan panas dan menghasilkan taupan sejuk. Pembentukan lekukan sekunder ini dikaitkan dengan suatu pola ketebalan yang sifat utamanya ialah suatu gradien lemah berhampiran dengan pusat lekukan primer dan percabangan yang nyata di titik taupan. Tidak terdapat pola yang nyata tentang peri laku lekukan sekunder ini selepas pembentukannya. |
warm front wave | gelombang perenggan panas | Sains | Hidrometeorologi | Lekukan gelombang sekunder yang terbentuk pada suatu perenggan tambahan di suatu titik yang agak jauh, lebih kurang 1500 km, dari lekukan induk. Selepas terbentuk, ia bergerak dengn cepat ke timur atau timur laut menjauhi lekukan induk. Lekukan jenis ini, jarang-jarang menjadi dalam tetapi bertanggungjawab terhadap peluasan penyebaran dan kelebatan kerpasan perenggan panas. Pembentukannya mungkin dibantu sama ada oleh herotan perenggan yang disebabkan oleh banjaran bukit atau oleh gerakan ke arah suatu genting. |
warm oclusion depression | lekukan taupan panas | Sains | Hidrometeorologi | Lekukan sekunder yang terbentuk pada titik berpadunya perenggan sejuk dan perenggan panas untuk membentuk taupan panas. Lekukan sekunder sebegini bergerak cepat menjauhi lekukan primer dan mendalam, walaupun tidak ke tahap yang ketara. |
polar air depression | lekukan udara kutub | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Lekukan sekunder bukan berciri perenggan yang terbentuk, terutamanya pada musim sejuk, di kawasan jisim udara kutub yang homogen. Ciri utama lekukan ini ialah pergerakannya mengikut arus utama di tempat pembentukannya. Ciri utama lain ialah perkembangan daerah kerpasan yang berdekatan dengan pusat lekukan dan di sepanjang jalur palung yang selalunya terbentuk jauh dari lekukan utama yang juga merupakan kawasan bertambahnya gradien tekanan (dan angin permukaan). Juga disebut tekanan rendah kutub. |
primary depression | lekukan primer | Sains | Hidrometeorologi | Lekukan yang paling mustahak atau tertua bagi sesuatu sistem lekukan. |
impressio | lekukan | Perubatan | Tiada | 1. Istilah Latin yang bermaksud lekukan atau cekung.,2. Istilah anatomi bagi lekukan pada permukaan sesuatu organ yang terhasil apabila terkena tekanan oleh benda lain. |