cannon sleeve | lengan lela | Kesenian | Tiada | Lengan berped dan bertulang, bergelembung bahagian bahu dan tirus ke pergelangan tangan. |
Grand Chamberlain (Istana Negara) | Dato' Paduka Maharaja Lela | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
fort | kubu | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak pertahanan dan kota pemerintahan yang diperbuat daripada bata, kayu bakau, cangkerang atau tanah yang ditinggikan. Kedudukannya terletak di kawasan pedalaman atau dipinggir sungai. Terdapat juga kubu yang mempunyai menara peninjau. Di Malaysia, perkembangannya wujud sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Lama dan Baru serta semasa zaman penjajahan Belanda dan Inggeris. Contohnya, Kota Johor Lama (Johor), Kubu Datuk Maharaja Lela (Perak) dan A. Famosa (Melaka). Sinonim benteng. |
Jasminum sambac | melur | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek dalam famili Oleaceae yang dikenali juga sebagai Jasmin. Tumbuhan beraroma ini berasal dari India dan diperkenalkan ke Malaysia dan pulau Jawa. Pokok ini ditanam sebagai tanaman perhiasan dan perubatan. Daunnya jenis ringkas dan bahagian atas daun berwarna hijau berkilat. Tepi daunnya licin dan berombak. Jambak bunganya jenis sima dan mengandungi tiga atau lebih bunga yang tersusun padat. Bunganya berwarna putih dengan aroma yang kuat. Buahnya jenis beri berwarna hitam apabila matang. Daun yang telah dilumatkan disapukan untuk merawat masalah kulit dan luka, ditumbuk bersama bedak sejuk sebagai sapuan untuk menghilangkan rasa gatal akibat kudis demam campak dan menghilangkan parut kudis. Daun atau bunga yang diramas disapu pada payudara untuk menggalakkan pengeluaran susu. Air rebusan daun diminum untuk merawat demam. Akar segar dimakan untuk merawat penyakit kelamin dan dibuat tampalan pada bahagian yang terseliuh dan patah anggota. Air rebusan bunga atau akar diminum untuk merawat lela |